Friday, January 28, 2011

Pengaruh TV

Satu malam, tengah malam sebenarnya.. sambil duk layan drama kat tv. Sambil makan roti bakar letak butter dan gula ohhh sedapnya aku tanya adik aku :

"Hantu apa yang paling ekin takot?"
"Ju-on", kata adik aku sambil mulut ternganga dan muka cemas.

Serta-merta muka aku merah biru duk tahan gelak dan akhirnya tergelak dengan sangat kuat sambil tangan duk tumbuk-tumbuk lantai! Kah Kah Kah. Dalam banyak-banyak hantu kat malaysia nie cam pontianak, toyol, hantu raya bagai, hantu jepon tu jugak yang dia takut! Kah kah kah. See? nampak tak kuatnya pengaruh tv terutamanya rancangan dari luar negara kepada anak-anak muda remaja hari nie. Adik aku tu sampai nak tido pon kena aku temankan coz takut kat si ju-on tu. Tu baru citer antu, kalo budak-budak yang stok nengok cerita power rangers, ben-10 segala, sah-sah segala anak orang dia tibai. Tak de anak orang, kompem adik tersendiri hari-hari kena sepak.


Budak-budak sekarang tak macam zaman aku dulu-dulu, aku banyak main kat luar. Petang-petang naik beskal amik angin keliling kampung, malam pegi mengaji, balik dah nak tido dah...tv layan kekadang je. Mana ade playstation segala, bantai je ape yang ade untuk jadi permainan. Tak semewah budak-budak sekarang yang disogok dengan kemodenan dan kemewahan. Sampai terpengaruh tahap paling dasyat. 

Filem- filem kat malaysia plak kononnya nak bagi pengajaran maka penerbit dan pengarah ni pon buatlah cerita tentang isu yang perlu diberi perhatian contohnya mat rempit, dadah segala hal yang terselit nilai moral. Terselit katanya. Terselit! Maknanya kalo tak belek betul-betul citer tu sah tak nampak mana nilai moral yang nak ditonjolkan. Last-last memang hancussss la. Habes sume pakat dok merempit, dan lakukan aktiviti 'menyumbang' diorang nie. Ye la... 70-90 peratus cerita berkisar kepada kerosakan akhlak la ape la...dan 30-10 peratus babak akhir baru lah nak masukkan ending insap. Yang mana beri kesan? Lu pikirlah sendirik..




0 komen: