Day 5 - What makes you different from everyone else ?
Selama 20 tahun lebih aku hidup seboleh-boleh tak nak bagitau umo..haha baru sekali aku dapat teddy bear/ anak patung. Ye la kan dak pempuan cam aku nie biasanya koleksi mainan bajet girlie-gerlie, gila loser aku kan dapat sekali je tu pon masa umur cecah 20 lebih. dasyat tak? dasyat tak?
2 tahun nie je baru aku sedar aku alergik dengan seafood, selama nie main hentam je..bila bengkak/ radang/merah situ sini aku salahkan ketam or udang tu! konon tak segar... lepas satu kejadian bila kelopak mata, bibir dan badan aku bengkak teruk dan ruam baru sedar diri ini alergik. Pergi klinik tu pon sebab tak tahan panas dan pedih. boleh dikategorikan berbeza dengan orang lain tak? haha
aku ada satu sim card dan 5 bijik telefon. ada sume charger telefon.. brand sony erikson, norkiah, GSL, alkatel, panasonic, dan samsung. Hebat tak? korang ado? hahaha. yang pasti telefon tu ade lah telefon biasa sajor, tak dela yang touch screen, boleh lipat-lipat bagai..teheee.
makan megi tak pernah abes satu bungkus. Ini kenyataan! bila megi tu dah kembang, aku dah geli tekak nak makan. ade ke masyarakat cam nie? buleh wat grup kat FB dah nie...ha ha. Bila aku minum air milo, aku tak leh minum yang last sekali yang pekat likat dengan milo tu. Aku geli tekak. Sumpah aku tak leh minum.
aku tak buleh dengar orang menulis di papan hitam, aku tak leh tengok kapur tulis tu, aku seriau. aku duk terbayang makan chalk tu. Aku tak leh tengok foil dalam kotak rokok..aku gerun.. aku rasa cam lidah aku luka. sobbs T___T. Pelik tak?
aku ade instinct yang boleh dikatakan bagus. Alhamdulillah anugerah dari Tuhan, sebab tu kot aku bakal jadi kaunselor.. jiwa manusia sangat dekat dengan aku... aku dapat baca mimik muka orang, aku ade pendengaran yang bagus..hati-hati bila ngumpat ye...! sedangkan kereta yang lalu kat luar masa aku duk pkp pon aku dapat agak siapa yang datang. Gila tak? oke ini bahaya!
aku sangat susah nak demam.. 2 atau 3 tahun sekali baru aku demam dan selesema... selalunya kalo aku dapat mc sebab migrain atau food poisoning! tak de kes-kes demam nie. Alhamdulillah. Aku dah banyak kali excident, tapi alhamdulillah walau aku tergolek-golek, motor cedera parah sekali pon, aku tak pernah luka... syukur sangat.. :)
aku susah giler nak marah, meradang, merajuk bagai...tapi sekali aku terasa. habeslah. aku sendiri pon tak dapat nak bayangkan. Pernah aku tersinggung dengan sorang kawan nie..aku just ambik langkah berdiam diri... akhirnya dah hampir 9 tahun aku diam membisu. merajuk dengan kawan aku yang berubah perangai buatkan aku jauhi dia dah hampir 3 tahun. aku memang takkan marah, cuma aku akan diamkan diri sediam-diamnya sampai kau takkan boleh cari aku lagi.
tu la sesikit sebanyak tentang diri aku. Aku jenis yang relaks je. Aku akan buat apa yang aku suka, akan tinggal apa yang aku benci sama macam manusia lain. Aku tak takot tanggung risiko. Bagi aku ajal maut di tangan Tuhan, so buat je la apa yang aku rasa betul, paling hebat pon kena marah, kena pukul kan? tu je.. nak kenal lebih-lebih sila kenal depan-depan lah. lagi gempak! hahahaha. aku tak berapa baik, tapi aku jugak tak jahat sangat...sedang-sedang sajor.. :)
nah.ambik gambar sekeping! ye. peveret aku tu..caramel frap... :)
2 komen:
oh my!! caramel frap.. feveret jugaaakkkkk!!! gimme 5!!! :D
oke ade geng!!! :D
Post a Comment