Mungkin ramai yang tak tahu... baiklah hari nie hari lahir aku yang ke 24. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk hidup selama 24 tahun. Ye, ye memang sah sah la aku lahir 12 November kan...tapi tu tahun masihi, jangan lupa tarikh lahir sebenar-benarnya aku ialah 21 Rabiulawal 1408H... tak kesah la, tapi hakikatnya memang aku lahir bulan rabiul awal. Bulan tiga! :) dan tak lupa jugak nak wish selamat hari lahir untuk ajaq!!! sebab hari lahir dia 23 rabiul awal..
Apa yang menarik tentang Rabiul awal? hmmmm... Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. dan Rasulullah saw sendiri pun dilahirkan dan wafat pada 12 Rabiul awal...
Alhamdulillah...jadi ape hadiahnya..? hahahaha...
p/s : trivia GTA akan disambung lagi....zassssss...!!!
0 komen:
Post a Comment