Sunday, February 27, 2011

Sembunyi Di Atas Noktah...Entri Melekat...Awassss!!!

Entri Melekat sehingga 27 Februari 2011. Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru. Thanks Uolls.


Sempena dengan Festival Teater Interkolej 2011 (FESTIK 11) anjuran Unit Seni Budaya dan Kreatif , Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM. Grup Teater Amar (GTA) daripada Kolej Canselor akan mempersembahkan sebuah teater abstrak berjudul....

"Sembunyi Di Atas Noktah"

Arahan sulung daripada Cik Adiba Zailan  dibantu oleh 29 orang krew yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Me? Ohh well, biasa-biasa saje.. jadi tukang ketuk kepala mereka yang bermalas malasan dan degil.. tak pon jadi diva terhormat kat situ.. boleh?

Menampilkan bakat-bakat baru dari Kolej Canselor dan paling penting, naskah Sembunyi Di Atas Noktah ialah karya daripada penulis kreatif dan tersohor di Malaysia iaitu Siti Jasmina Ibrahim. Naskah ini ditulis semasa beliau mewakili Malaysia ke program MASTERA (karya penulis dari Asia Tenggara) di Bogor, Indonesia di awal penglibatan beliau dalam bidang ini.

Jadi..sama-sama hadirkan diri untuk menonton teater hebat dari penulis hebat serta lakonan mantap krew Grup Teater Amar, Kolej Canselor UPM.

Tarikh : 16 Februari 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Sama-sama datang memberi sokongan!!! Sokongan anda didahului dengan ucapan ribuan Terima kasih. :)

5 komen:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

by looking at the cover page, it will going so great!! congratez and wish all of u best of luck for the presentation soon!

Lurunna said...

thanks dear...! :)

cik sue ;) said...

gud lak wes!!

Lurunna said...

thanks syg!

Anonymous said...

hi, new to the site, thanks.