Wednesday, June 29, 2011

Cargo Bikes

Whether your cargo is kids, laundry, groceries or beach gear, the coolest way to haul it is the Madsen Cargo bike. These handy urban transporters from Salt Lake City, Utah, can carry 271 kg (nearly 600 pounds) either in a bucket or on a rack. The bikes and the buckets come in three colors: dramatic black, yummy cream and sweet baby blue. Accessories for the bucket include seat belts and a seat for your progeny, pet or bride. The creative heads at Madsen are constantly tinkering with the bike and accessories, and according to their blog, a lid for the bucket is in the works. With their long tails, these bikes command attention. - Tuija Seipell

Layannnn....






p/s : Langkah penjimatan petrol secara cerdik pandai nie...

Sumber : MADSEN

Bil Elektrik PM & TPM RM160,000 sebulan. Gulppp..!

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.


Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. Hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

Jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi ni. Sebenarnya berapa ramai ahli keluarga mereka nie ye! Rumah aku paling mahal pun cecah la RM200. Tu pun dah habis mewah dah guna tu. Nampaknya Satu Malaysia kena kerja keras untuk tampung bil-bil nie. Hahaha. Chill.


Sumber : Malaysiakini



Tuesday, June 28, 2011

Ariza dan ikan tongkolnya....

Ariza sedang tekun mengunakan teknik jejari pantas untuk menyiang ikan tongkol yang baru dibelinya pagi tadi. Pisau besar yang sedang digunakannya telah diasah berkali-kali sejak semalam. Hatinya berbunga riang kerana esok dia akan didatangi oleh keluarga kakaknya dari kampung. Namun demikian, sejak beberapa tahun tinggal di Johor, dirinya seakan-akan buat-buat lupa loghat pertuturannya. Dia sentiasa cakap luaw. Hebat. Dia rasa dikagumi apabila menggunakan bahasa Melayu baku. Dia tahu lambat laun dia akan diterajang oleh orang kampung dengan sifat mangok dia itu. Tapi dia tetap cool!Walaupun kadang-kadang rasa berdebar-debar tetap singgah dijantungnya terutama pabila bertutur dengan sanak saudara di pagi raya. 

Dia mematikan lamunan bila terdengar anaknya menangis membentak-bentak kaki di ruang tamu. Dia keluar ke depan dan bertanya dengan penuh kasih sayang kenapa anaknya menangis.

"Kenapa nie Adik?...Abang..kenapa adik nie?"dia bertanya kepada anak sulungnya.
"Ntah la mama, asyik nangis je dari tadi.."jawab anak sulungnya...
"Dah..jangan nangis, mama buat susu, nanti adik tidur ye.." dia bingkas bangun dan pergi ke dapur...

Ariza menjerit sekuat hati bila tiba di dapur....botol susu anaknya terlepas dari cengkaman. Anaknya tiba-tiba berhenti tersedu-sedu. Terkejut barangkali.

Rupa-rupanya kucing kerom berwarna putih bercalit warna oren sedang mengheret ikan tongkol yang masih belum sempat disiangnya...

"Nate kucing bodo nie....ike ayo aku tu gilo...syuhhhh! syuhhhhh!!! syuhhhhh!!!!" jerit Ariza sambil menghalau kucing tersebut.

Ariza terdiam. Meskipun dia cuba beberapa kali untuk menyorok identitinya, namun dalam keadaan emergency (orang putih kata) dia tetap tersasul dan ter-kecek klate jugok. 

Kahkahkah.


Moral of the story : Sepandai-pandai cakap luar...pandai lagi mung kecek klate..kahkahkah

Saturday, June 25, 2011

How to spot a rich guy ?



mungkin depa nie adik beradik lain mak..dem.dem.

Orang pekak pun boleh main muzik tauuuuuuuu!!!!



Terbaekkkk la iklan nie. Betul-betul menyentuh hati aku. wah wah. Iklan nie memang menaikkan semangat. Ingat!!!... kita yang tentukan di mana kelemahan dan kelebihan kita, kita sendiri yang letak limitasi. Kan? Tak gitu???


You can Shine.

Friday, June 24, 2011

Kartun Canggih


Kartun zaman aku. 


Zaman sekarang.

Budak-budak sekarang memang disudu benda canggih manggih. Tengok kartun zaman diorang pun dah bleh agak cara hidup diorang di zaman remaja nanti. Tapi apasal Malaysia tak de buat kartun sangat skang. Ke aku yang jarang tengok.? Aku rasa yang glemer Upin&Ipin tu aje. Zaman aku kecik-kecik dulu banyak jugak... dengan Usop Sontorian, Anak-anak Sidek, Kampung Boy, Keluang Man, Cerita hikayat, Tu baru citer kat Malaysia. Belum campur dari luar lagi. Dan..paling penting, tak feel la tengok kartun sekarang. Sebab walau animasi dulu tak canggih tapi dekat di hati aku. Rasa kanak-kanak sangat...macam tengok lukisan dalam bentuk cerita. Sekarang sume animasi..macam real.. perfect sangat untuk sebuah kartun... aku kagum tapi tak terhibur dengan gambar-gambar tu. Canggih tapi tak de jiwa. Ke aku je yang rasa gitu??? kahkahkah....amik bantal, tido.bai!




Tuesday, June 21, 2011

Lapor Diri

Lama dah tak update blog nie. Memang banyak yang nak diceritakan. Tapi banyak juga yang perlu di tapis. Orang singgung perasaan aku tak pe janji aku tak buat kat orang.. Kalau aku nak buat dah lama aku cakar muka sumeorang yang sakitkan hati aku. Tapi aku baek...kahkahkah. .

Episod praktikal dah selamat dilepasi..hidup nie memang tak ubah macam main video games. Ada beberapa stage dan task yang perlu dilaksanakan. Bab praktikal sume dah selamat dah. Dah ucap bye-bye dah. Selamat tinggal RP dan sesi kaunseling! (sementara je kot selamat tinggalnya...). Masa praktikal 3 bulan tu, tok sah cakap la..pahit manis, kelat payau masin sume aku main redah dan telan je. Ape pun telan je janji matlamat untuk mengutip pengalaman tu terlaksana. 

Sekarang nie, aku sudahpun berada di kampung halaman terchenta. Dan aku hidup berjaya sebagai supir sepenuh masa dan buat part time job sebagai bibik. Masa senggang aku dipenuhi dengan rancangan- rancangan televisyen yang superb bosan.. (ada hati mau naik caj sedangkan duk tayang citer sama ulang2 kali... cissssss! dah la time angin sikit je dah tak de coverage..sialan!) dan masak memasak yang kadang-kadang rasa macam masterchef *ohhh wow!.

Bosan tapi seronok....susah nak explain. hidup aku sekarang rasa macam minum air kosong. Tak de rasa tapi hilangkan dahaga.hahaha.. cukup bulan tadah tangan minta gaji tapi rasa macam tadah muka minta pelempang je..sebab buat kerja sikit pun dah berkira. kehkeh.. Oke la. Sedara-sedara sekalian. Mintak diri dulu. Esok 7.10am kena hantar Ekin pegi sekolah, pukul 8.30am plak hantar Mira pergi kerja, pukul 11.40am plak Ikah pergi sekolah, pukul 3pm Ekin balik sekolah, pukul 6.15pm Ikah balik sekolah, then pukul 8.30pm Ekin pergi tuisyen, pukul 9.30pm Mira balik kerja...diakhiri dengan pukul 10pm Ekin balik tuisyen. Tu baru proses hantar amik depa. Tak kira lagi yang lain-lain.. haisshhhh...kali susah olang mau duduk goyang kaki la.