Tuesday, June 28, 2011

Ariza dan ikan tongkolnya....

Ariza sedang tekun mengunakan teknik jejari pantas untuk menyiang ikan tongkol yang baru dibelinya pagi tadi. Pisau besar yang sedang digunakannya telah diasah berkali-kali sejak semalam. Hatinya berbunga riang kerana esok dia akan didatangi oleh keluarga kakaknya dari kampung. Namun demikian, sejak beberapa tahun tinggal di Johor, dirinya seakan-akan buat-buat lupa loghat pertuturannya. Dia sentiasa cakap luaw. Hebat. Dia rasa dikagumi apabila menggunakan bahasa Melayu baku. Dia tahu lambat laun dia akan diterajang oleh orang kampung dengan sifat mangok dia itu. Tapi dia tetap cool!Walaupun kadang-kadang rasa berdebar-debar tetap singgah dijantungnya terutama pabila bertutur dengan sanak saudara di pagi raya. 

Dia mematikan lamunan bila terdengar anaknya menangis membentak-bentak kaki di ruang tamu. Dia keluar ke depan dan bertanya dengan penuh kasih sayang kenapa anaknya menangis.

"Kenapa nie Adik?...Abang..kenapa adik nie?"dia bertanya kepada anak sulungnya.
"Ntah la mama, asyik nangis je dari tadi.."jawab anak sulungnya...
"Dah..jangan nangis, mama buat susu, nanti adik tidur ye.." dia bingkas bangun dan pergi ke dapur...

Ariza menjerit sekuat hati bila tiba di dapur....botol susu anaknya terlepas dari cengkaman. Anaknya tiba-tiba berhenti tersedu-sedu. Terkejut barangkali.

Rupa-rupanya kucing kerom berwarna putih bercalit warna oren sedang mengheret ikan tongkol yang masih belum sempat disiangnya...

"Nate kucing bodo nie....ike ayo aku tu gilo...syuhhhh! syuhhhhh!!! syuhhhhh!!!!" jerit Ariza sambil menghalau kucing tersebut.

Ariza terdiam. Meskipun dia cuba beberapa kali untuk menyorok identitinya, namun dalam keadaan emergency (orang putih kata) dia tetap tersasul dan ter-kecek klate jugok. 

Kahkahkah.


Moral of the story : Sepandai-pandai cakap luar...pandai lagi mung kecek klate..kahkahkah

2 komen:

Anonymous said...

eh dah tak private la...hahahaha

Oda Willy said...

tak...hehe..hari tu terpaksa dong.... :)