Monday, August 1, 2011

Uniknya Ramadhan di Kelantan

Aku rasa aku tak serasi lagi dengan Syed Danial. Aku buat dek je tadi bila dia cakap dengan bersungguh-sungguh esok puasa. Aku emo sebenarnya, sebab dia tak take time masa umum. Kalau dulu aku suspen je setiap kali dengar. Tapi tak pe la, aku akan cuba sesuaikan diri, manalah tahu kot-kot dia akan umum sampai 20 tahun lamanya. Tahun nie jugak, aku puasa kat umah sepenuhnya di Kelantan tanah tumpah darahku. Serius aku suka. Aku tak berapa feel puasa di rantau abang orang sebenarnya. Rasa macam sama je bulan puasa dengan bulan tak puasa.

Ada beberapa sebab aku tak berapa nak feel puasa di perantauan nie. Yang pertama, berkenaan sahur. Kalau di perantauan, aku tak rasa yang aku dah bersahur even mentakedarah sampai termuntah sekalipun. Sebabnya, aku online sampai jam tiga, pat pagi. Kekadang sebelum tido, minum air segelas dan dah kira sahur la tu. Lalu aku tido dengan airmata berjujuran ingat kat makpak. Kalau kat umah, rasa teratur je. Tido awal pastu bangkit jam 5 untuk sahur. Aura puasa tu lebih sikit omputeh kata. 

Kedua, bazaar ramadhan di kampung aku memang lain habis. Aku rasa bazar ramadhan yang selalu aku kunjungi kat Selangor tu bukan jual kuih untuk berbuka, tapi untuk bersarapan. HAHAHA. Mungkin sebab aku nie dibesarkan dengan budaya yang berbeza. So kuih-kuih spesis karipap, donut semua tu memang aku tak selera nak hadap. Lagi satu, kalau kat kampung aku nie, bila bulan puasa secara automatiknya semua pasaraya tidak dibenarkan menyiarkan lagu-lagu irama pop atau sebagainya yang boleh melalaikan dan yang berkumandang hanyalah nasyid serta ayat-ayat suci Al-Quran. Lagi pula juruhebah pasaraya kat sini memang akan dibekalkan teks tazkirah untuk dibaca dari semasa ke semasa, kalau tentang shopping macam geng dengan saitonnn tu bleh insaf jap bila ditazkirah pasal amalan berbelanja. Ohhya! Kalau kat sini korang jangan terkejut plak, bila azan berkumandang memang operasi kerja ditangguhkan. Contohnya, masa korang duk beratur nak bayar kat cashier, kalau azan berkumandang memang diorang stop jap. So jangan emo tak tentu pasal la kalau orang stop scan korang punya barang. kejap je pun.



Ketiga dan yang terpenting sekali, dekat sini ada Qaryah Ramdhan, di Stadium. Seronok rasanya tarawih ramai-ramai, memang meriahlah Kota Bharu setiap kali ramadhan, papa aku selalu jugak ajak tarawih dekat sini. Kalau tak pun tarawih di Masjid Kubang Kerian. Tu kot yang membezakan ramadhan aku di bandar dengan di kampung aku. Mungkin sebab aku terbiasa dengan suasana nie dari kecil tu yang duk feeling lelebih .Siapa tak seronok berpuasa di kampung halaman sendiri kan? Kalau kat sini, lepas tarawih....make colek boh!hahaha. kemah! Kalau orang Kelantan tu, blehlah lawat blog Qaryah Ramadhan kalau nak tahu aktiviti terkini. Eh. Orang bukan Kelantan pun boleh! :)



p/s : di kelantan kalau ditangkap tidak berpuasa denda 6 dollar, kalau berniaga makanan di siang hari denda 144 dollar. USD okeh! bukan RM...KFC pun hanya boleh buka selepas jam 3. HAHAHA...nie kat kelantan...negeri lain aku tak tahu. Selamat berpuasa semua!

sumber : berita harian, foto : nuaeman



0 komen: