Tuesday, September 20, 2011

Bra dan perempuan.

Aku tak tahu bagaimana permulaan hari yang baik untuk kaum Adam nie. Hisap rokok sambil memerut mungkin? Sebab pagi-pagi aku selalu dengar adik perempuan aku menjerit bau toilet busuk sebab asap rokok. Tak de mahkluk lain dah tu. Sah-sah kerja adik lelaki aku. 

Bagi kaum perempuan macam aku nie, berdasarkan perbualan dan perbuatan sesama kaum Hawa. hari yang baik bermula dengan pemilihan bra yang tepat. Kalau tersilap pilih bra, alamaknya sepanjang hari kau akan kemurungan dan rimas.! Tapi, once in a blue moon, ada juga yang tersilap kekdah dalam memilih.

Contoh-contoh bra dan keadaan bra yang boleh menyinggung perasaan pemakainya adalah....

  1. Bra yang terlalu longgar, yang boleh buat boobs terkeluar sekali sekala dari sarung. Dan tangan pun mengatal nak seluk ke dalam baju dan betulkan kedudukannya balik. Sumpah rimas. Bukan pemakai je rimas, orang yang tengok pun bleh rasa berbulu. 
  2. Bertentangan dengan yang tadi, bra yang terlalu ketat juga boleh mendatangkan perasaan amarah. selain kau semput nak bernafas, kau jugak akan lenguh-lenguh badan di bahagian atas dan mungkin boleh mengakibatkan kau pengsan.! *kawan aku pernah pengsan sebab pakai bra ketat. amik kau!
  3. Lebih malang lagi bila tetiba besi yang menyokong boobs kau tetiba terkeluar dan mencucuk di bahagian badan sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati serta keinginan yang melampau untuk tarik keluar je bra tersebut. Yang nie selalu sangat terjadi kat kawan-kawan aku dan aku sekali. Benda nie tak boleh nak duga, kalau dah jadi memang sakit ati sangat. last-last, pergi restroom tarik je besi tu keluar, nak main cucuk-cucuk nampak! Bukan buang bra ye..! buang besinya saja. 
  4. Yang nie tak pernah terjadi lagi kat aku setakat hari nie, bra yang tetiba terputus talinya atau cangkutnya. memang hazab la kan sebab kau boleh rasa bra tu dah terlondeh, alignment memang lari habis, memang berdebar berdepan dengan situasi cam gini, even yang kena tu kawan kita bukannya kita. nak tolong cam mana? takkan nak bagi bra kita kan...? gila happper?
  5. last sekali, bila pakai bra yang mempengaruhi saiz boobs kita. kalau yang nampak oke tu tak de masalah. Cuma, bra yang menyebabkan nampak kemek semacam tu yang buat putus mood sepanjang hari.
Entri nie cuma sebagai ingatan untuk kaum perempuan. Kalau nak pergi kelas, interview or dating, jangan silap pilih bra. Konsentrasi kau akan tertumpu pada bra hampir 80 peratus disebabkan ketidakselesaan. Pemilihan bra yang bersesuaian juga dapat mencegah kanser. Ingat tu!

Dan...untuk kaum lelaki, bukan period je yang boleh buat perempuan meroyan. Stereotaip sangat...! Asal meroyan sikit katanya period, asal marah sikit katanya period. Bra juga boleh mempengaruhi tindak tanduk seorang perempuan. kalau gf asik-asik betulkan baju tu, ada yang tak kena la tu, sila memahami. jangan rimas tengok, sebab yang menanggungnya lagilah rimas 78 kali ganda.


4 komen:

budak ciput said...

entry y sgt dewasa.. hehe

Oda Willy said...

sekali sekala... ini penting utk kesejahteraan hidup ;p

Anonymous said...

GLER MENCI KLU BSI BRA TERCUCUK. MENCI..! MENCI..!

errr..bra ko saiz ape..? apsal xmention kat situ..? ;p

Brown girl said...

ini aku setuju. besi bra ble kene sangat sangat sangat rimas tak terkata.