Friday, November 5, 2010

Pssssst... Tips Jimat Di Hujung Sem

Hujung- hujung sem nie, boleh di ibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. kadang- kadang puas kais tak dapat- dapat gak. Maaatilah. Tapi biasalahkan, jiwa remaja, nak beli itu ini, nak keluar lepak dgn member. Makan nak berjimat camne pon, kena makan kat luar jugak. Haru lah kalau nak masak kt kolej, mane la bleh angkut periuk kuali segala. Jadi langkah berjimat yang sesuai utk kita ialah....


Kalau ketagih tahap mengeletar nak beli baju, kasut beg segala. Di sarankan anda beli je barang preloved a.k.a bundle. Jimat banyak oke..!


Tak yah malu la. Tak de la org tanya, " Eh, cantik baju kau! Beli bundle eh? Aku tau ko sesak, ko beli bundle". Kalau ade gak, ajak dia pegi, ntah-ntah mata di plak rambang pilih! Tapi pandai-pandai la pilih,jangan ko amik yang koyak rabak plak! dan kadang-kadang baju preloved nie tak penah dipakai or just pakai sekali je. 

Kalau nak lepak tu, pegi je maple, tak yah la lepak kat Secret Recipe ke, Starbak ke. Jimat oke.Jimat. Lepak maple, order roti kosong ngn tea O baru RM 2. Plus, bleh tengok tv or online WiFi gak... ikut musim la, kalau time loan masuk bleh la kalau nak memperkayakan diri jap dengan minum air mahal-mahal. Time sesak nafas nyawa-nyawa ikan nie. Buatlah pilihan bijak!

Masa duit tak de nie. Apakata kite semua berbalik kepada port WiFi percuma. Contohnya, kalau korang still belaja cam aku, gunalah WiFi di universiti masing-masing. Tak pun kalau nak online, keluar pegi maple. Order nescafe, duk situ sampai ko dah tak nak online! Oke? 

Tips seterusnya agak mendajal org sebenarnya. Kalau korg dah kureng duit di tangan, dan top up da tak de... dengan kredit berbaki bleh hantar lagi satu msg, korang msg kawan yang paling boleh dipercayai.. msg haruslah berbunyi... "Bleh top up kan aku tak? URGENT. Last kredit nie :'( ". Emoticon tu harus ade ye untuk efek sedih!. Tapi lepas korang ade duit ganti lah balik. Jangan senyap je. Bila da ade kredit plak, jangan bazirkan, simpan utk urgent saje. Ala kalau takat nak msg member or sembang nak pakwe makwe, Skype kan ade. Buleh tengok muka lagi uolss! Tak pon msg je kt FB, msg sampai rekah skrin pon tak pe. Tak de bayaran oke!

Oke.cukuplah takat nie dulu. Nanti aku bagi lagi tips untuk jimat. Renung-renungkan dan selamat beramal.bai!

3 komen:

Anonymous said...

aku sdg mengkayakan syarikat MAGGI..

Oda Willy said...

tupun cara utk berjimat... oh ya.. MAGGI mahal, beli MAMEE je..hahaha

BUNDLE JEPUN said...

HEEE...JENGUK2 BUNDLE JEPUN KAMI.....http://www.facebook.com/album.php?aid=4050&id=100002235067701#!/profile.php?id=100002235067701