Friday, February 11, 2011

Tiada siapa faham

Tajuk macam mintak penyepak kan?hahaha. Tapi...dari pengamatan aku, tak de saper faham aku. Aku suka apa, benci apa, mahu apa, rasa apa. Tak de orang pun yang tahu latar belakang sebenar aku. Siapa aku. Keluara aku je yang tahu, tapi keluarga aku plak tak tahu latar belakang aku kat sini. memang aku susah nak berkongsi rasa dengan sesiapa. Ntah la nape...rasa cam tak sesuai, mampu ke korang faham aku?

Aku belajar dari pengalaman, saat aku sangat memerlukan seseorang dalam hidup aku, saat aku betul-betul jatuh, tiada siapa di sisi aku, untuk tenangkan aku. Tak sama bila saat mereka memerlukan aku, aku akan sentiasa cuba berada di samping mereka. 

Kesakitan lampau telah membunuh perasaan aku pada hari nie. Sampai timbul keadaan di mana aku sangat melindungi perasaan aku sendiri, sakit aku, pedih aku...aku tenangkan sendiri...sehingga kata-kata penenang dari orang lain tak mampu tenangkan hati aku. Apa yang pernah aku alami sangat memberi impak dalam hidup aku, trauma mungkin.




0 komen: