Friday, February 18, 2011

Trivia Krew GTA 2011 : yang korang tak tahu ( Part 1 )

Alhamdulillah, tamat sudah pementasan teater, "Sembunyi Di Atas Noktah". Ramai yang datang memberi sokongan. Terima kasih semua. Nantikan saje keputusannya pada 27hb Februari nanti. Moga-moga ade rezeki untuk team kami.

Hmmm...sebenarnya banyak perkara belakang tabir yang korang tak tahu. Jadi aku nak review balik kejadian- kejadian sepanjang proses pembikinan teater ini. Macam best kan! 
  1. Kebanyakkan krew produksi GTA terdiri daripada pelajar tahun 1,2 dan Final year student. Kemana tahun 3? Hmmm...itu kami tak tahu!
  2. Hampir separuh daripada krew produksi GTA "Sembunyi Di Atas Noktah" adalah krew GTA "Kopi Susu Sepatu Biru".
  3. Terdapat 5 pelakon, 4 korus dalam teater ini dan hanya seorang saja pelajar tahun 2 iaitu Cik Laila Khalida, selebihnya adalah pelajar tahun 1. Kiranya GTA gunakan pelakon yang paling "hijau" berbanding dengan kolej-kolej lain.
  4. Cuti pertengahan semester digunakan sepenuhnya untuk latihan siang dan malam. Latihan tanpa henti.
  5. Pada asalnya, pementasan "Sembunyi Di Atas Noktah" adalah pada 15hb Februari, namun tarikh kemudiannya di tukar berikutan menghormati sambutan Maulidur Rasul.
  6. Latihan sepanjang cuti semester biasanya tamat dengan menonton movie beramai-ramai dengan hanya mengunakan laptop 14'. 
  7. Bagi mengelakkan terlewat untuk latihan sebelah siang, kebanyakkan krew GTA mengambil langkah untuk tidur di PKP, dan ade yang tidur di dalam STOR PKP, dasyat tak? hehehe
  8. Pelakon-pelakon yang terlibat dalam GTA ada yang terpaksa 'curi-curi' untuk menikmati air sejuk/ ais berikutan syarat berpantang minum sebarang air sejuk/ais.
  9. Selain daripada PKP dan BSB, krew GTA juga menggunakan Pentas Angsana, Bukit Ekspo sebagai tempat latihan rasmi.
  10. Kejadian malang yang menimpa krew sepanjang latihan... 2 orang kehilangan dompet dan seorang kehilangan handset tanpa disedari di tempat yang sama iaitu Mines! 2 orang krew terseliuh kaki dan salah seorang krew GTA kehilangan haiwan kesayangan.

PKP : Pusat Kegiatan Pelajar, Kolej Canselor
BSB : Balai Seni Budaya, Kolej Canselor

Untuk tahu lebih lanjut.... ikuti trivia ini sehingga part akhir....watch out!!!! :)

9 komen:

Anonymous said...

taun tiga mmg xwjud kat kc.. hakhak..

wes!! terbaek ah!

Oda Willy said...

tahu xpe...siapa thn 3..?hahahaa

tunggu sampai part akhir oke! :)

Anonymous said...

tula kan? mane pegi senior 3rd year kc??
part tdo dlm stor pkp tu paling dahsyatt! ahahah

mashy_entah said...

hahaha...cepat buat part lain2....tak sabar...

Oda Willy said...

fara : entah la...tak dpt dikesan..teeeet. Tido dlm stor itu kejadian paling dasyat, 1 team cari dia...

mashy : tungggguuuuuuuu....

bella said...

kaida.ajaq kan 3rd year merangkap final year.kan?? huhu

kehilangan haiwan kesayangan.hmmm =(

**segala suka & duka, senang & malang, semua lalui bersama huhu

Oda Willy said...

dikira final year la tue...thn 3 yg 4 thn ramai adik oii...saje tak tonjolkan diri...hehehe

bak kata jega... mati sama2.. :)

raihana isa said...

nak lagi! nak lagi! nak lagi! :D

Oda Willy said...

nantikannn.... *cewahhh..