Alhamdulillah, tamat sudah pementasan teater, "Sembunyi Di Atas Noktah". Ramai yang datang memberi sokongan. Terima kasih semua. Nantikan saje keputusannya pada 27hb Februari nanti. Moga-moga ade rezeki untuk team kami.
Hmmm...sebenarnya banyak perkara belakang tabir yang korang tak tahu. Jadi aku nak review balik kejadian- kejadian sepanjang proses pembikinan teater ini. Macam best kan!
- Kebanyakkan krew produksi GTA terdiri daripada pelajar tahun 1,2 dan Final year student. Kemana tahun 3? Hmmm...itu kami tak tahu!
- Hampir separuh daripada krew produksi GTA "Sembunyi Di Atas Noktah" adalah krew GTA "Kopi Susu Sepatu Biru".
- Terdapat 5 pelakon, 4 korus dalam teater ini dan hanya seorang saja pelajar tahun 2 iaitu Cik Laila Khalida, selebihnya adalah pelajar tahun 1. Kiranya GTA gunakan pelakon yang paling "hijau" berbanding dengan kolej-kolej lain.
- Cuti pertengahan semester digunakan sepenuhnya untuk latihan siang dan malam. Latihan tanpa henti.
- Pada asalnya, pementasan "Sembunyi Di Atas Noktah" adalah pada 15hb Februari, namun tarikh kemudiannya di tukar berikutan menghormati sambutan Maulidur Rasul.
- Latihan sepanjang cuti semester biasanya tamat dengan menonton movie beramai-ramai dengan hanya mengunakan laptop 14'.
- Bagi mengelakkan terlewat untuk latihan sebelah siang, kebanyakkan krew GTA mengambil langkah untuk tidur di PKP, dan ade yang tidur di dalam STOR PKP, dasyat tak? hehehe
- Pelakon-pelakon yang terlibat dalam GTA ada yang terpaksa 'curi-curi' untuk menikmati air sejuk/ ais berikutan syarat berpantang minum sebarang air sejuk/ais.
- Selain daripada PKP dan BSB, krew GTA juga menggunakan Pentas Angsana, Bukit Ekspo sebagai tempat latihan rasmi.
- Kejadian malang yang menimpa krew sepanjang latihan... 2 orang kehilangan dompet dan seorang kehilangan handset tanpa disedari di tempat yang sama iaitu Mines! 2 orang krew terseliuh kaki dan salah seorang krew GTA kehilangan haiwan kesayangan.
PKP : Pusat Kegiatan Pelajar, Kolej Canselor
BSB : Balai Seni Budaya, Kolej Canselor
Untuk tahu lebih lanjut.... ikuti trivia ini sehingga part akhir....watch out!!!! :)
9 komen:
taun tiga mmg xwjud kat kc.. hakhak..
wes!! terbaek ah!
tahu xpe...siapa thn 3..?hahahaa
tunggu sampai part akhir oke! :)
tula kan? mane pegi senior 3rd year kc??
part tdo dlm stor pkp tu paling dahsyatt! ahahah
hahaha...cepat buat part lain2....tak sabar...
fara : entah la...tak dpt dikesan..teeeet. Tido dlm stor itu kejadian paling dasyat, 1 team cari dia...
mashy : tungggguuuuuuuu....
kaida.ajaq kan 3rd year merangkap final year.kan?? huhu
kehilangan haiwan kesayangan.hmmm =(
**segala suka & duka, senang & malang, semua lalui bersama huhu
dikira final year la tue...thn 3 yg 4 thn ramai adik oii...saje tak tonjolkan diri...hehehe
bak kata jega... mati sama2.. :)
nak lagi! nak lagi! nak lagi! :D
nantikannn.... *cewahhh..
Post a Comment