Wednesday, August 3, 2011

Ajis oh Ajis

Hari nie masuk hari ketiga kita semua berpuasa. Kejap je kan? Bulan-bulan puasa nie, aku memang suka duk perati orang sekeliling. Kadang-kadang boleh mengelikan usus kecil aku. Macam semalam. Semalam aku balik kampung sekejap. Jarak masa lebih kurang 15 minit. Bukan kampung mana pun, cuma bila datuk nenek aku duk kat situ maka itulah kampung aku. Dan di kampung aku tu, semua adik beradik belah ayah aku duk di kawasan tu, kiranya penempatan anak beranak lah ye. Keluarga aku je duk jauh sikit. 

Al-kisahnya, aku duk perati la sepupu aku yang umur 5 tahun nie. Katanya dia puasa, sejak dua hari lepas. Dia dah siap cakap kat aku, kalau dia puasa penuh semua orang kena bagi dia duit raya. Termasuk aku si penggangur terhormat nie. Aku senyum. Biasalah budak-budak, kena kasi semangat sikit. 

"Bereh, kalau puasa penuh..kak ngah bagi 30 hinggit" - kata aku bangga. Biarpun aku tak tahu lagi dari mana akan datangnya RM30 tu nanti.

"Wooooo....30 hinggit tu" -jawab Ajis sambil ketawa terkekek-kekek.

Dia pun berlalu. Mungkin dia mahu tulis dalam buku tiga lima. Tentang perjanjian RM30 antara aku dengan dia sebentar tadi. Aku tak kisah. Kita kasi support sikit kat budak-budak nie. Tapi....sayangnya, HAHAHA, oke kita gelak dulu. Bila dia melalui ruang tamu rumah tu, dia nampak adik dia bukan main syok layan air sirap dalam botol susu. Muka memang syok habis, kaki angkat sebelah sambil tangan duk pegang jari kaki. Mata tutup rapat...berbantalkan bantal busuk turun-temurun. Selang lima minit adik dia tertidur, tapi mulut gigih lagi menghisap puting botol susu. Khayal barangkali. 

Mungkin tidak tahan dengan dugaan tersebut, ajis cabut botol di mulut adiknya... tangan mencapai bantal. Baring. Kaki ditinggikan. Maka, selamatlah air sirap ke dalam mulutnya pula.

"Haaaa...tak puasa...." - sergah aku dari belakang. 

Mungkin sudah khayal, dia hanya angkat kening tapi tak mampu berkata apa-apa. 


4 komen:

cik sue ;) said...

sbb aku kagum ngan ajis ko wajib bg dia tigapuluh tu..

Lurunna said...

bg tp xbyk ler...kehkeh

Anonymous said...

blog kau dpt duit jugak ke dari nufnang? setakat folower ciput gitu tak payah letak ads la... bt malu je, bkn bes pun blog kau...!!!!ntah ape2

Lurunna said...

oh yeah?