Thursday, September 30, 2010

Kita bukan GOKU, kita hanya ada 1 NYAWA


Jam 1.40am, 30 Oktober 2010, latihan kebakaran kt kolej. Sebagai org yg menguruskan of coz la aku cuba buat yg terbaik. Sampai tak de suara terjerit-jerit suh turun. Koyak la anak tekak aku. Tapi upset gila bila warga still leh berlenggang kangkung, siap bertepuk tampar dan gelak-gelak. Mmg la ni satu latihan je, dan tiap2 tahun kita bt tp nie satu prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi. Alhamdullilah setakat nie tak de lagi kejadian tak diingini berlaku kt kolej, tp malang tak berbau kawan. Kalo jadi pape, at least korang taw ke mana hendak dituju dan ape patut dibuat.

Korang mungkin bleh maki2 je kitorg coz menyusahkan korg turun pagi2 dengar taklimat kebakaran. Kitaorg plak hanya senyum je bila uruskan sume demi keselamatan korang. Stanby utk pastikan korg tak cedera. Meeting kul 3am saat korg sume nyenyak tido.

Kesedaran nie, terpulang pd korang la. Ye dak? tak koser i nk tanam sikap sayangkan nyawa dlm diri korang sume. Nyawa tak leh refill oiii. Sume dah tahu kot, tak kesah la ape pun, leceh cmne pon, jagalah nyawa tu ya. Anda mampu mengubahnya. Jangan terperap dlm bilik je kalo kecemasan, bawa2 berlari ye...syg nyawa lebih dr syg lemak dan bontot anda ye...




p/s : sejujurnya tiap kali menguruskan fire drill aku berdebar2...korang mungkin tak rasa coz korg tak pikul tanggungjwb jaga beratus-ratus nyawa kt bahu korang.PEACE (0_0)v

Thursday, September 23, 2010

Entri ringan-ringan



Baby mosquito came back after his first time flying.
His dad asked him "How do you feel?".
He replied, "It was wonderful. Everyone was clapping for me!!!"

***********************************

apa yang korang fikir???
hmmm...



Tuesday, September 21, 2010

Percintaan atau Penyeksaan? Sifir tentang cinta.


Korang yg bercinta sakan nie tahu tak ape makna cinta? Bagi aku, Cemburu itu Buta dan kerana Cinta badan Binasa! aku bukan jenis yg menolak cinta. Aku pernah bercinta oke. Cuma rentak tak sama. Aku tak boleh bergelumang dgn cinta yang menyesakkan. Dan pelisss la, wa tak layan kaki cemburu buta. Habes dgn sume org ko nk jeles pehal? Tobat aku hangin semacam dgn pempuan mahupun lelaki yg gampang cemburu buta gila babi nie!

Meh kita tgk cinta dr sudut akronim plak.

1. HIV : Hanya Impian Velaka ( maksudnya seeh belaka ):))
2. AIDS : Akibat Impian Dipendam Setahun
3. PMS : Pedihnya Menanti Sentuhanmu
4. SARS : Sakit Akibat Rasa Suka
5. TBC : Tekanan Bathin Cinta
6. SAKAW : SAkit KArena engkaW
7. KOLERA : KOk LoE ngga ngeRAsa sih ?
8. FLU : Feeling Lonely, Uuuhh …..

Mampu???hahaha...


Cinta Menurut Pandangan Para Ahli Pula...


AHLI MATEMATIKA
Cinta adalah suatu situasi dimana 1+1 bleh sama dengan 3, 4, 5 dan seterusnya…

AHLI FIZIK
Cinta adalah gaya tarik menarik antara dua manusia berlainan jenis (lelaki&pempuan) yang besarnya berbanding panjang dengan berat badan masing-masing dan berbanding terbalik dengan kuadrat jarak rumah keduanya.

AHLI KIMIA
Cinta terbentuk dari beberapa unsur yaitu P (Pandangan), Se (Senyuman), Li (Lirikan), Be (Belaian), Ra (Rayuan & Rabaan), Cu (ciuman), K (Kecupan) yang kalau direaksikan dalam ruangan yang boleh menimbulkan ledakan dahsyat.

AHLI KEPENDUDUKAN
Cinta adalah penyebab ledakan penduduk (yang lebih dahsyat dibandingkan ledakan nuklear).

AHLI OLAHRAGA
Cinta harus didahului dengan warming up, supaya tidak terkehel.

AHLI MAKANAN
Cinta adalah suatu situasi yang bisa membuat taik kucing rasa coklat.


Sumber: tidak jelas, ada yang tahu?hahahaha



Sunday, September 19, 2010

Contest Final Year Gempak 1011!!!



contoh2 design.


Dengan ini aku mengumumkan contest
"Final Year Gempak 1011!!!"

peserta perlu meng-design baju utk Final Year Student KC sempena
majlis makan malam rasmi KC sesi 2010/2011


syarat-syarat penyertaan :

pelajar UPM
Warga KOLEJ CANSELOR
final year
waras dan dapat menerima kenyataan


Hadiah :

T-shirt anda akan dipilih sbg T-shirt utk final year
dan akan menerima sehelai t-shirt percuma.

Tarikh tutup :

19 Oktober 2010

Setiap design harus dipost di wall aku yep..



p/s : pemenang akan dikira melalui bilangan undian...demokrasi gitu.. :)

Design baju seksi

cubaan utk design baju utk final year kolej


Balik je kolej. Teringat sume kerja yang terbengkalai. Asimen, tok sah ckp la. Saje dibiarkan berbukit. Cool ape buat asimen last minit =_='. Tambah-tambah lagi bahan sume tak cari lagi. Bila mau berubah laku agaknya. kehkeh

Esok dah kelas. kepala mula berselirat dgn mcm2. Err, dewan kuliah kt mane ye.??? Esk gi kuliah mesti ade yg bawak biskut raya. Tak caye, tunggu je la...kehkeh. Aku? tak de pekdahnya aku nk angkut makanan dlm beg. nak sila datang bilik. bila lagi nk beraya kt bilik member, ye dak? asik beraya umah membe je. Dah la..aku pon tak taw motif aku update nie.



Wednesday, September 15, 2010

Hati di samun!


three of us *gambar culik dr pesbuk

menarik kan? tajuk tak de kena mengena dan mereka bukan skandal aku oke. Kehkeh. Tapi mereka antara kesayangan aku. We hv being a friend for a long time ago. Long...longgg time ago. 7 tahun yang lepas. Mcm remaja hingusan yg lain, bermalas-malasan galas beg gi skolah. Gitulah kami. Ingat senang nak bangun pagi-pagi gi sekolah blaja ntah ape2?. Diorang amik aliran perakaunan, aku plak sains dan rekacipta. tapi still sekelas. balik skolah selalu nampak they all lepak2 kat kedai kak maa. Asal lepas rehat je bau rokok kepok2 dalam kelas. Kerja diorang la nie. Belaja add math cam haram sekor2 *nasib baek cikgu Saadah chantek!. Apatah lagi subjek sains ngn cikgu doraemon. Tido mati kt belakang. Tapi aku taw, bila subjek akaun mereka gila tekun! sampai lebih masa & aku ngn geng rekacipta yang lain kena berdiri luar kelas sampai Cikgu Yasin kesayangan diorang keluar! Ahh, mmg selalu budak rekcipta ne mengalah! *mmg kelas kami kt makmal pon, kalo tak makmal sains, makmal rekacipta. Diorang la jugak yg selalu gi lepak2 umah aku. Tempat luah perasaan, tempat utk bergelak tawa, jatuh, bangun sume. Diorg nie jugak lah aku selalu nampak pegi main snooker. Cmne aku nampak??kehkehkeh. dan diorg juga la tempat utk aku hamun tak tentu masa, otak aku pon bukan bleh pakai sgt.

Bila abis menuntut di 5 Beta 2004, berpecahlah kami and since 2006 makin jarang jumpa. Setahun mungkin sekali, dan mungkin tidak sekali-kali



aku dengan kehidupan aku, di ladang *UPM tahun pertama, busy utk sesuaikan diri, tahun kedua busy dengan dunia debat, tahun ketiga busy dengan MTM dan sekarang di tahun empat, even masih bergelar MTM, even bergelar final year student. Even tiap2 tahun busy *kononnya, hati aku tetap rindu kt korang. Malu kot nak telefon ckp

"weyh gila! aku rindu ko la"

last-last makin hari berlalu gitu je..tahun demi tahun. Sampai la sekarang 2010.



sumber : pesbuk mung

dalam ramai2 makhluk nie...cuba teka mane kwn aku? Member aku yg nie terkenal dgn keplayboyan dia. Aku pon naik pening. Ingat ke playboy kawen awal! Ahh, sama je ngn aku yg setia nie. Kehkehkeh. Dia rupa ade tapi gila. Bercakap tak mau kalah, sempoi. Aku sayang dia. Seingat aku, aku kenal dia since form 2. kira la sendiri bape puluh tahun da kenal.


sumber : pesbuk *gila stalker aku nie.!

Yang nie Mat, aku knl dia lewat sket, masa form 5. Mula2 masuk kelas gila kerek dia nie. Sumpah benci! tapi, lama2 jadi kwn baik plak, heran aku. Ohh, moralnya, 1st impression takde maknanya bagi aku. Dia nie pon aku sayang gak. Pendengar yang baik. Aku suka dengar dia gelak. Cam baik je even lebih kurang je sewelnya. Sekarang dia kt Ipoh. Gila jauh dr aku. Sorang lagi Duan, asal nampak dia je aku ingat satu kejadian malang. Malang ke malu? entah le, tp kalo ingat2 skang, kompem aku gelak guling2. takpe takpe aku da maafkan ko ye duan. kehkeh.

banyak rahsia antara kita kan?. sampai tak taw mana satu rahsia mana satu sembang kosong.dan byk perkara penting yang aku belajar sepanjang bersahabat dgn korang. bak kata nenek aku, friendship is not about being together but how we understand each others. kejadahnya ckp omputih plak.



p/s : sebenarnya aku nk jumpa korang khamis nie...hopefully jadilah.kalo tak aku merajuk pat tahun!!!jangan harap korang nk jumpa aku.huhh!!! dan. tak lupa jugak, aku syg korang maaf zahir batin. *tetibe. Duan xde gamba kt pesbuk so maklumat tak dpt diperinci.



Sunday, September 12, 2010

Tiada sebarang update lagi utk raya. Sebab raya tak abes lagi. Bole? Actually aku ase raya nie cam kusut sikit. Fikiran aku lah yang kusut. mcm2 persoalan yang timbul. Macam....


Aku tanya umi...

"kenape ea org suka menyiksa diri masak makanan yang pelik2 masa raya?"

umi jawab

"sebab sebulan tahan makan kot"

aku tanya lagi....

"makanan raya memang sume ssh nk masak ea?"

"emmm...setahun sekali, hari lain jgn harap lah nk buat..." jawab umi

bila madu bertemu madu apa jadi?
camne sahabat bleh jadi kawan?
nape tel tak angkat?

ahhh!!!memang byklah persoalan!dan kdg2 tiada jawapan. Tu lagi sakit..

*********************************

Sebenarnya agak lewat....tapi raya kan sebulan. Dan dengan ini saya, Cik Lurunna menyusun 10jari tangan memohon ampun maaf atas salah silap info ke, silap tulis ke *termasuk typing error, silap mengata ke, atau pape je la sepanjang penulisan di blog ini....

Selamat Hari Raya!!!



p/s : dengar khabar, niat utk membakar kitab suci Al-Quran oleh kafir bengom dibatalkan ? Alhamdulillah. Dengar khabar mayat Datuk Sosilawati pon sudah dijumpai...Innalillah...


Friday, September 10, 2010

Saudara Se-Agamaku...



Dalam kemeriahan kita menyambut kedatangan Syawal, Gereja di US pula giat utk melakukan upacara pembakaran Al-Quran sempena mengingati kejadian 11 September. Paling sedih bila ade Fan Pages kat Facebook dan ada antara yang menyokong juga pernah beragama Islam.

Mungkin kiamat sudah dekat, tapi tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, khalifah-Nya tetap terpikul di bahu. Jadi sama-sama kita berdoa, bersolat hajat, moga semuanya berakhir. Jika tak mampu menentang secara fizikal, kita masih ada kekuatan lain. dan mungkin penulisan sebegini juga merupakan satu alat untuk memberitahu umat Islam yang lain tentang apa yang sedang berlaku dan sama-sama kita berdoa kepada-Nya. Amin..


p/s : sedih...pedih rasa...

Thursday, September 9, 2010

Behind The Scene Part 1 : The making of biskut raya


Salam semua. Pak cik simpan mohor pon dah bagitaw secara rasminya, kite raya hari Jumaat dan cara pak cik tu cakap lambat2 sgt suprise la. Oleh kerana dah nk raya dan nama pon aku nie anak perempuan, sulung plak tu terpaksa lah membanting tulang pat kerat nie siapkan segala kuih muih dgn bantuan adik-adik. Ahh sebenarnya bukan kuih je...cat umah, angkat lemari, peti sejuk, tukar langsir sume aku yang buat T_T. Konsep keje kat umah aku nie, kakak dulu kena buat then adik2 ikut. #&#*^@@????! Tapi tak pe...aku kan kakak...


shortbread cookies

Nak buatnya tak susah, masuk 2 cawan tepung, 1 cup mentega, 1/2 cawan gula dan esen vanila. Gaul je semua. Bakar sampai hangus.Kahkahkah. *ini gurau. Bakar sampai kekuningan, angkat dan tabur gula ising. dan biskut nie resepi turun menurun atuk belah ayah yang asal dari scotland. korang percaya?peduli apa aku.
dadah.eh.eh...dadih

nie lagi la mudah.Sape tak reti buat aku lempang lajulaju!dah namanya pempuan sedikit sebanyak kena la taw jugak. Ko belaja tinggi patbelas tingkat pon kalo tak reti serba sedikit tak guna beb. Aku org kampung, kasar2 aku pon reti lah jugak setakat nak rebus air tu.hahaha

oke.oke.berbalik kepada dadah tadi.eh dadih tadi *aku tak high oke. ko beli dadih kat kedai suka ati lah ko nak perisa ape. Mangga, keladi, coklat, vanila...sume ada. Didihkan 3 liter air dgn 1 tin susu cair. Gula secukup rasa. Bila dah mendidih, tutup api, sambil kacau masukkan dadih perisa suka ati korang tu sekali dgn gula plastik kecik dalam bungkusan dadih tu. Kacau dan kemudian masukkan dalam bekas kecik2 tu. Siap. Masuk dalam peti sejuk utk kekal sedap!

dalam pada buat biskut raya tu teringin plak aku nak makan bubur mekdi. Tapi malas pulak nak keluar. Keluar kompem abis beratus hengget!Jadi dgn susah payah aku pun masak la bubur. Bubur nie seswai la utk kita si bujang nie. Senang je kot!

Rebus ayam. Dah masak keluarkan. Air rebusan tu buat masak bubur plak. Masukkan beras yang dibersihkan. 1 pot beras, taruk 3 liter air. Masuk air sikit-sikit sampai nasik jadi bubur! Dekat2 nak jadi bubur masukkan halia sesuka ati korang la byk mana. Masukkan stok ayam maggi 1 kiub atau yang cair tu pon boleh. Masuk garam sesuka ati. Siap!

Masukkan ayam, minyak bijan, bawang goreng dan cili. hambik ko, sebijik bubur mekdi!

dan.dan.aku nak cerita sikit. ade ke patut baju kurung aku siap kain nya aje. Bajunya ntah ke mana. kata tukang jahat tu.eh tukang jahit tu, baju tak sempat siap.!!! Buat lawak ke hape ???Dia ingat aku bole pakai kain baju kurung je..Cilake nie..cilake. Rosak mood raya aku.!


Monday, September 6, 2010

Puasa...Day 27 (Hmmm....)




sahur.emmm..tak best..!!! harap rege je mahal, nasi + ayam + begedil = RM 6.70, Nasi Goreng Ayam = RM 6...biasalah airport...cekik darah kasik mati!


Cik Lyla masih setia di sisi...khusyuk. khusyuk megupdate blog!

Ohhh..betapa bosannya bertapa kt sini.
amik gambar kalo pakai filem nie, gerenti dah tukar 2 roll kodak!
toilet da berkali-kali pergi
air dah bergelas-gelas minum
niat pose dh, sahur pon dah
balik je tak lagi...



p/s : dgn sabarnya menunggu departure time jam 7.40am nanti...dan skang pukul 4.31am...hmmm dah 2 hari kot kt airport!!! ye lah dari jam 10pm smlm..ngehngeh


Sunday, September 5, 2010

Puasa...Day 26


Update from LCCT. Ye...aku akhirnya membungkus kain baju, kuih muih, lemang rendang segala *ini tipu. utk pulang ke tanah tumpah darah. Uhhh. Rasa betul-betul perantau lah. Tapi flight pukul 7.40am =_=", kebarangkalian utk terlepas flight agak tinggi kalo amik keputusan utk bertolak esk pagi! Dengan ini nekad utk overnite di sini dgn adik dan rumet kesayangan. Bosan. Nak buat ape neh lagi 8jam?


tak ramai manusia

rumet dan adik entah melilau ke mana

haruslah camwhore utk hilang rasa bosan!


apa lgi yang boleh di buat???


PAPA

amik pagi esok ye...kalo tak, mogok tak nak raya. Bole?hehe

Thursday, September 2, 2010

Puasa...Day 23 ( Saya rasa HOT! )



geng-geng MTM yang join


sebelum dan selepas

beberapa jam kemudian

layan japanese plak

takoyaki.bestttt...


Jadi ape kaitan ngn tajuk??? Nie baru aku nak kasi cerite sket. Hari baik bulan baik nie, of coz ade slot berbuka pose ngn membe-membe. Ye dak? Jadi, haruslah aku keluar lagi buat kesekian kalinya. hari-hari keluar boleh botak kepala nie. Duit dalam bank pun da sampai kuis-kuis pon tak dapat nie. Jadi saudara-saudari sila lah berbesar hati bagi duit raya ye. Pelajar lah katakan..


*************************************

kisah II

"Belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitonnn"

*silap-silap leh jadi macam kt bawah nie...*

Jom blaja cakap Jepun sket! Aku Google je belajar nie..hehehe

01. Yang pemarah – KEIJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat – SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu – KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi – NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues – APO NADIKATO

06. Yang suka belajar – ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau – WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut – MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur – ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai – HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua – TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini – SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit – SAJA CARIMATI

14. Yang Lembab – AYUMI CIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH – SAIIFOOL BAUKARI

perkataan ataupun nama yang terdapat di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kalau ada pun hanya kebetulan sahaja.



p/s : bukan semua benda kita bleh blaja melalui alam maya neh. nak menuntut ilmu jgn la sombong-sombong sangat ye...aku pon pernah jadi warga biasa dan pernah jadi junior, hidup tu ikut resmi padi, tunduk berisi menabur budi....ade paham? kalo tak paham hantuk pale kat dinding!

Wednesday, September 1, 2010

Puasa...Day 22 (Bila kita gembira kita soping...errr)

Say Hi to september. Argghh dah september! Ye Cik Lurunna, da september. Ade apa ye dgn september. Lumrah bg hidup student mcm aku nie, september da kira tahap GENTING! bkn genting highlands ye tuantuan dan puanpuan. Dateline asaimen mula menuju ke tarikh akhir. Tak pe abaikan. itu memang masalah utama aku sejak pat tahun lepas. Seingat aku, lect bagi asaimen kebanyakkannya 1st week dan ne htr minggu 10 or 12, biasa la kang, dan biasa jugak la utk aku mula gigih buat pada minggu ke 9 atau ke 11. Pas tu mula la tertekan sana sini.



Gambar kat atas tue gambar org yg tengah seronok seronok coz dateline jauh lagi.WTH. Ke hulu ke hilir tanpa pikir ape ape. Hmmm, hidup mestilah ne menarik kan.? Lagi-lagi di bulan puasa nie, banyak plak cuti minggu nie, ape lagi...asik plan keluar berbuka je la. Asalnya keluar berbuka je, tp hangkut jugak plastik beg, pempuan sgt! Menci!!! Muka da tak kiut bila kaki da lenguh, poket da kering. Nak kumpul duit tu punya la susah, menagih sana sini *ngan parent je la. Mau habiskan, sejam pon bole. Kannn???

Nie aku nk bagi tips sikit, TIPS MACAM MANA NAK KAWAL PERBELANJAAN.

Pertama, weekdays yang lima hari tue, ko kena pastikan bilik ko dalam keadaan kacau bilau, baju haruslah ko kumpul, jgn ngada2 nak basuh hari2. Tujuannya, hari minggu, baju ko da abes dan ko tak leh keluar sebab kena kemas bilik dan basuh segala baju2 yang ko kumpul tu. oke tak?

Kedua, ko jgn makan jimat2 masa weekdays, motif??? aku taw ko saje je nk jimat2 utk wekend kan? Tok sah kencing aku, aku taw tue. Ape kate ko makan best2 hari biasa, wekend dah tentu duit ko kt paras bahaya. Ngehngeh, dan terpaksalah ko ikat perut di hujung minggu. Weyh, ko kumpul duit ikat perut hari biasa sedangkan masa tue ko guna tenaga byk, ke hulu hilir jadual penuh ngn kelas. Nie bangang, gi kumpul duit nk makan kt Kenny Rogers weekend, sekali jamu da hangus RM25++, amik ko, 5 kali makan kat warung!

Ketiga, Kalo ko mengigil sgt nak keluar. Oke fine! Ko keluarlah dengan syarat ko tinggal kan kad bank kat bilik or bg pada membe suh pegang. Dan duit dlm purse kira cukup2 makan je. Jadi ko terselamat dari berbelanja cara setan.!

Keempat, jgn memandai nk window soping. Aku berani bet la...tak de nye istilah tgk2 je. Window soping pon aku gerenti hangus jugak paling sikit RM50. Ye tak? Geli aku dengar istilah window soping nie...Kejadahnya ko nk gi tgk2 je. Meh aku bagi analogi sket, kalo ko dalam keadaan lapar dan dahaga, ko pergi kedai makan nk tgk2 je...berkesan tak? Hilang tak lapar ko? Camtu la soping, kalo da keluar tu, tak de lain...mesti korg nak pape nie.

Kelima dan terakhir, keluar dgn membe yg tgh pokai. *tp agak klise gak nie. Kalo ko nie jenis baik ati jgn amalkan, mau taknye ber-double triples plak berbelanja, yelah belanja member katakan...cesss. Maksud aku, better ko keluar ngn manusia yg mengamalkan cara hidup berjimat atau istilah lainnya kedekut. Selamattt. Aku gerenti!



p/s : aku pon selalu gak gagal bila berbelanja. Tapi semenjak dua menjak nie aku amalkan yg ketiga. Pengaliran wang keluar undercontrol...selamattt..