Thursday, November 25, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Hidup Mulai Comot
Aku makin comolot! comot
Bila balik rumah je akan oke! ini sangat benar langsung tak tipu eh!. Haha. Silalah tengok muka selekeh aku hari-hari ye kawan! Kekal selekeh buat aku rasa hawt!bahaha.. statement macam mintak KAKI!
Selamat bercuti, bekerja, berkahwin, ber-exam...semua ber-ber la buat semua orang yang singgah ketuk-ketuk kat pages nie. Aku? still buat-buat busy... Ahh sudahlah, mahu berdondang sayang meratapi nasib diri di tepi lemari jap.bai!
Labels:
bebel2 Lurunna
Monday, November 22, 2010
Teknologi pembunuh tradisi?
Aku rasa budak-budak sekarang dah tak thrill dah. Pagi tadi adik aku telefon, mintak aku pujuk big bos sebab dia nak tukar fon. Adik aku baru darjah 6! Gila lah kau budak. Muda-muda dah hadap gelombang, aku umo 18 baru ade henfon. Tu pon dah puas melalak, nada dering monofonik plak tu. Masa aku darjah enam dulu aku duk bizi main tutup botol lagi. Hahaha.
Kalau bagi tutup botol kat bebudak zaman sekarang, alamak kategori sampah la bagi diorang. Weyh, aku buat main sampai nangis-nangis kot sebab kalah! Haha, Dulu permainan banyak recycle je. Takde maknanya mak bapak nak habeskan beratus-ratus untuk buat hiburan anak-anak. Kalo ko nak main, pepandai ko la. Oh ya, nie kategori anak kampung cam aku je. Orang bandar aku tak tahu diorang main apa. Mesti korang kumpul barbie kan, harhar.
Berbalik kepada mainan budak kampung cam aku nie, tak de yang kuarkan duit pon, kira mainan stok recycle je sume. Kalo ko nak main tutup botol, gi la pakat-pakat minum air soda ke sarsi ke. Dapat lima penutup. Jalan! Kalau beli nasi bungkus ke atau pape yang diikat dengan getah, kompem aku simpan getah tu, sangkut kat paku atau letak atas peti ais, dah banyak nanti ikat buat main lompat getah, kalo tak tahan sangat nak main, getah tak cukup, buat yang single je, kalo getah banyak bleh buat yang double line! Lagi best! Paling tak pon aku curi kapur papan hitam kat sekolah, balik umah aku conteng kat pintu ke, lemari ke, boleh la setakat nak paksa adik-adik aku jadi anak murid tu.bahaha.
Banyak kot permainan dulu kala yang safe bajet! Lepas tengok power rangers mesti bertumbuk adik beradik dan cop nak jadi power rangers kaler ape. Bertumbuk tu bleh kira bermain tak? Satu lagi permainan yang aku gemar tapi merbahaya ialah, aku buat-buat rajin gi bakar daun kering atau sampah then........ aku amik ridset, aku sembur kat api tu...hahaha. =_=".
p/s : limabelas entri pon belum tentu cukup kalo nak citer gila aku zaman budak-budak...hahaha, nanti la aku share sket-sket, mana taw dapat kita flash back sambil sengih-sengih.
Sunday, November 21, 2010
Thailand menang lagi!
sekadar hiasan
Balik exam tadi sempat layan Sepak Takraw Final Sukan Asia. Regu kedua pon aku layan. Haha. Sok sek sok sek aku dengar ramai tak puas hati bila Thailand menang lagi dan main pakai kabel. Bongek la kau yang cakap camtu, sah-sah aku tengok tadi, Thailand punya Tekong & Killer mantap sial! Tak main lah libas lipat baju cam orang kita, gulung beb!Mampu???
Tekong diorang pon dah banyak bagi bagi mata, tekong kita? Bagi mata percuma kat orang. Kalah teknikal la bagi pendapat aku. Memang diorang champion la. Cantik ahh diorang main. Malaysia punya team alamak, tekong banyak out la, serius bergantung pada killer je. Thailand, feeder pon boleh kill bola. Lemoh aku tengok team kita. Memang panas la tengok.. aku rasa regu kedua malaysia lagi oke. At least tak mudah menyerah. Apa-apa pon memang terbaik ahh..! Rilek je aku tengok....
p/s : suka tengok penyokong thailand...baekkk punya!
Labels:
sukan asia,
takraw
Saturday, November 20, 2010
Merdeka bukan saja pada 31 Ogos
Ini entri sempena meraikan kebebasan dari belenggu Final Exam!!! Wohooo!!! Syok bangat...selamat sudah aku menjawab paper terakhir, Kaunseling Kelompok jam 8.30pg tadi. Mak aiii, mentang-mentang paper last, masa 2jam aku jawab dalam 45minit je.Kehkehkeh, nasib baiklah dapat dijawab dengan lancar, umpama makan betik untuk melancarkan penyahtinjaan! Kahkahkah.
Tapi agak cilake la, even aku dah abes paper bukan bermakna aku boleh tiup belon dan hip hip huuuurayyy macam member lain, bengkek je rasa bila uruskan kaunter pemulangan cuti tadi, hampeh tul bila orang sapa, "Bila balik?" dengan selamba aku jawab, "Balik tu apa?" amik kau! Dah kau tau cuti aku burn camgitu je, lagi ko nak tanya bila aku nak balik. Tapi tak pe, berkhidmat untuk nusa dan bangsa katanya!Kahkahkah.
*selingan*
cuba tengok budak pakai baju kuning tu.Kahkahkah. Tergolek aku sesorang!
oke. bersambung lagi di lain hari, tetibe idea hilang.kahkah.
Wednesday, November 17, 2010
Mereka special dalam hidup saya
Mereka istimewa dalam hidup aku.
Seorang kakak dan seorang adik tanpa pertalian darah
yang menyatukan kami cuma ikatan bersaudara sesama Islam
dan kami telah ditakdirkan untuk mengenali satu sama lain
mereka berdua aku kenal dalam suasana yang sama cuma waktu yang berbeza
Kenangan manis sepanjang bersama dalam Board MTM sesi 2009/2010
akan tetap dalam ingatan sampai bila-bila
saya sayang kakak! *hugs*
dan buat Miss DnieAlias
Sepanjang bersama dalam Board MTM sesi 2010/2011
buat saya bersyukur kerana Allah sentiasa hadiahkan saya
teman seperjuangan yang boleh berkongsi suka dan duka
and for both of u...
I just want to say, Happy Birthday
To you, my dear, dear friend
You have always been there for me
And our friendship will never end
To you, my dear, dear friend
You have always been there for me
And our friendship will never end
p/s : 18 November 2010
I wish for both of you to have people to love, people in your life who will care about you as much as I do. Happy birthday.
Tuesday, November 16, 2010
Jom pergi berhari raya!
Diumumkan! Aku raya kat kolej. Baguss! Ini semua gara-gara exam!
Selamat Hari Raya Aidiladha!
HAHAHA
p/s : apa yang korang dah korbankan untuk agama, nusa dan bangsa?
Monday, November 15, 2010
Sekadar berkongsi rasa
Minggu nie bumi dibasahi hujan. Cuaca yang tak menarik untuk keluar berjalan-jalan. Tapi hari nie aku keluar juga, sekadar untuk lepaskan tekanan sambil tengok muda mudi di jalanan. Ada yang berpimpin tangan, ada yang gelak sakan, tak kurang juga yang megah bershopping sakan.! Sambil mata ke situ-sini, aku berfikir tentang bangsa kita, sudah tentu tentang bangsa Melayu.
Dulu. Satu masa dulu, aku anak kampung yang tak pernah kenal dengan panggung wayang, pusat karaoke, serta pusat beli belah yang gah. Anak kampung yang tak pernah kenal nikmat keluar menghabiskan wang, berhibur bersama teman konon untuk lepaskan tekanan.Tapi sebenarnya aku cukup bangga sebab tidak terdedah dengan semua tu secepat remaja pada hari ini. Aku bangga bila mana aku hanya mengenal semua tu setelah mencecah 20-an. Sekurang-kurangnya sebelum nie masa aku hanya di habiskan dengan membaca.
Siapalah sangat aku dulu, bila waktu petang habiskan masa membakar sampah, menyapu laman rumah, atau sekadar menyertai ko-kurikulum di sekolah. Hujung minggu aku hanya di dunia aku, membantu umi dan papa menguruskan rumah dan menjaga adik-adik bila mereka keluar bekerja. Aku hanya remaja tipikal, remaja kampung yang hidup serba sederhana.
Sekurang-kurangnya kehidupan aku yang dulu mengajar aku untuk lebih kental hadapi arus kemodenan. Bersyukur juga, bila aku memahami bangsa aku bukan dengan hanya menjadi sebahagian daripada bangsa, tetapi juga melalui pembacaan. Walau rumah tidak di bekalkan dengan internet, tapi sekurang-kurangnya aku khatam habiskan bacaan buku Sejarah Melayu, hasil tulisan W.G Shellabear, edisi Tun Sri Lanang juga edisi dari A.Samad Ahmad.
Aku bukan pelajar aliran sastera, tetapi sempat juga aku membaca buku hasil karya Abdul Latip Talib, buku-buku seperti Hikayat Amir Hamzah, Leftenan Adnan. Buku karya Keris Mas, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, novel Salina karya A.Samad Said. Aku juga minat puisi, puisi dari karya William Shakespeare, Robert Frost dan sebagainya. Masa lapang aku di habiskan dengan membaca, antara yang aku masih ingat sampai sekarang novel Jibam, Pilot Cafe dan masih tak luput dari ingatan cerpen Paku Payung dan Limau Mandarin! Dunia aku bukan di hujung jari tetapi dunia aku di library.
Rumah aku juga dulu tidak dibekalkan dengan siaran berbayar, masa aku dihabiskan menonton berita, mengulangkaji pelajaran sambil bersembang kosong dengan ahli keluarga. Anak kampung seperti aku mana pernah kenal dengan istilah overnite! Sedih plak sekarang bila anak bangsa kita sudah terdedah dengan keseronokan melampau di usia yang sangat muda, sehingga lupa penuhkan ilmu di dada. Bagaimana untuk kita pertahankan bangsa jika kita tidak pernah cuba mengambil tahu asal usulnya.
Jiwa anak muda kita hari ini terlalu disogokkan dengan cerita cinta yang asyik, sampai mereka lupa cinta akan bangsa sendiri. Berapa ramai anak muda hari ini yang tahu tentang sejarah Islam, sejarah Melayu, tentang zaman penjajahan Jepun? Dan aku bersyukur kerana telinga aku masih berpeluang mendengar cerita penderitaan datuk dan nenek aku di zaman penjajah dulu kala. Dan jika anak muda hari ini tidak tahu tentang semua ni, bagaimana nasib anak kita di masa akan datang? terus di sogok dengan cerita animasi? Novel cinta romantis? atau majalah lawak komedi?
Ini hanya tentang cebisan pengalaman aku. Pengalaman si mentah! Dan aku sendiri masih mencari ilmu, dan sentiasa berfikir dan membandingkan tentang dunia hari ini dan semalam. Aku lebih suka dengan identiti aku sebagai anak kampung, dan aku bangga aku dilahirkan sebagai anak kampung yang berjalan kaki dan berbasikal ke sekolah. Anak kampung yang kesukaannya bermain hujan serta berpijak di tanah kadang kala tanpa selipar. Anak kampung yang habiskan masa cuti sekolah dengan memancing ikan di tepi sawah. Berkebun di belakang rumah.
Labels:
duniaku juga duniamu,
hidupku
Sunday, November 14, 2010
Langit tak cerah. Hujan renyai-renyai
Bodoh la.! Semalam aku tengok ade lagi. Hari nie dah abes. Bodoh! Terluka sungguh rasanya. Sobsss.. *sapu hingus meleleh*. sampai hati betul. Jengki.
Macamane dengan raya aku??? Tacing sungguh rasanya. Batu belah batu bertangkup sungguh. Ade sesiapa nak balik kota bharu 16hb? Nak tumpang...! *sungguh nie, tak tipu. sobbs..
Saturday, November 13, 2010
Majlis?
*MMMR sesi 2009/2010*
Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Canselor
MMMR
Kalau tahun lepas kami bergelumang dengan tema "Urban Garden"
untuk kali nie? Masih buntu. Masih tercari-cari. Masanya semakin menghampiri.
Ada sesiapa boleh bagi cadangan.
Untuk tema serta konsep majlis?
Birthday dan Exam bukan satu kombinasi menarik!
Birthday?
Nothing special with that!. Musim-musim exam nie, tak de masa untuk ber-party buih, tiup-tiup belon serangan tepong telur segala. Cukup dengan ucapan Selamat Hari Lahir yang tak ternilai harganya. 12 November, satu hari jumaat yang bermula dengan hujan renyai-renyai. Sejuk dan nyaman. Oh ya, tak lupa juga exam Personelia yang jawapan ntah ape-ape. Dan, aku tido awal dari biasa. Pukul 1.30am, mata dah tak tahan. Bangun jam 5 pagi tekun bersarapan dengan buku nota. Cek Facebook, dah tertempek beratus-ratus wish *riak disitu!haha, cek blog, aku macam.oh.oh.terharu!tak tipu.sungguh terharu.
Thanks bestie forever ever! sayang ko lebih la! Dan esok mungkin merancang untuk berambu ramba. Ye la, post-pone sambutan. Maybe pergi tengok muvie? A cup of frappucino? Pizza? sehelai baju baru mungkin? *smile*. Berangan sume nie! Atau mungkin hari dihabiskan dengan basuh baju. kemas bilik dan merenung masa depan sambil baring atau mungkin tertido terus? redha.
"The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way"
pssssst : thanks ye kepada yang wish birthday...appreciate that. *kiss&hugs*
Labels:
duniaku juga duniamu,
hari2ku,
hidupku
Friday, November 12, 2010
No rules. Just play!
Just Type
# 6 0 # *
After you enter the code you will see a new code contain 15 digits:
43 4 5 6 6 1 0 6 7 8 9 4 3 5
According to this theory you should look at the number 7 and 8 (YY)*country* of your IMEI code.
IF the digit number Seven & Eight is 02 or 20 that mean it was
assembled on Emirates which is very Bad quality
IF the digit number Seven & Eight is 08 or 80 that mean it
was manufactured in Germany which is not bad
IF the digit number Seven & Eight is 01 or 10 that mean it
was manufactured in Finland which is Good
IF the digit number Seven & Eight is 00 that mean it was manufactured
in original factory which is the best Mobile Quality...
IF the digit number Seven & Eight is 13 that mean it was assembled
on Azerbaijan which is very Bad quality and very dangerous for health!!!
NO RULES,JUST PLAY...
and me? i owned a very bad quality of phone. Pity me rite?
Labels:
bebel2 Lurunna
Thursday, November 11, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Why student FAILS in exams
It's not the fault of the student if he/she fails or cannot answer all the question!, because the year ONLY has 365' days.
Typical academic year for a student
1. Sundays-52, Sundays in a year, you know Sundays are for rest. Days left 313.
2. Sem breaks (plus minus including short breaks) -50 . Days left 263.
3. 8 hours daily sleep- 130 days GONE.. Days left 141.
4. 1 hour for daily playing- (good for health...kononlah) means 15 days. Days left 126.
5. 2 hours daily for prayers and food & other delicacies (chewing properly & swallowing)-means 30days. Days left 96.
6. 1 hour for talking (for sake of our life, we need to talk to each other)-means 15 days Days left 81.
7. Exam days- per year at least 35 days. Days left 46.
8. Quarterly, Half yearly and festival (holidays)-40 days. Balance 6 days.
9. For sickness- at least 3 days. Remaining days=3.
10. Movies and functions- at least 2 days. 1 day left.
11. That 1 day is your birthday. How can you study on your B'day??????
Balance = 0 "How can a student pass?????"
Actually, tertekan gila dengan paper petang tadi. Demmmm!!!! Rasa macam nak cakar muka, tarik rambut, menangis teresak-esak sampai hingus meleleh je. Thanks to all my lecturer.! Betul-betul MENILAI & MENGUJI kesabaran.
Labels:
bebel2 Lurunna
I still find each day too short for all the thoughts I want to think, all the walks I want to take, all the books I want to read, and all the friends I want to see.
Labels:
duniaku juga duniamu
Monday, November 8, 2010
Get a life
Tak perlu faham apa erti rindu kalau hati kaku
Tak perlu berterima kasih kalau tak pandai menghargai
Tak perlu kata maaf jika tak faham erti penyesalan
Aku juga tak perlu kamu.
hiduplah seperti manusia biasa yang akan mati esok atau lusa
Kau akan faham erti hidup
Jika kau hidup dengan mengingati mati.
apalagi yang boleh dibuat?
Labels:
duniaku juga duniamu
Maaf. Aku bukan ulat buku. Aku rama-rama.
Tajuk macam cilake. Haha. Tapi aku memang bukan ulat buku.Ohh pelis, aku rama-rama oke. Sebab tu bila exam markah aku cantik, demm!sekarang mood untuk exam.! Tapi study ntah ke mana. Dah final year pon still bermalasan! Insaflah wahai Cik Lurunna! aku nie dah tahap kolej kata pergi, pejabat kata mari dah nie. Tapi gini lah lagi caranya. Tapi tak pe, selagi aku tak mengigil masa jawab maknanya tak ade masalah la tu.
Sempena dengan musim exam nie, kuranglah aktiviti rambu-ramba aku. Tapi of coz la berambu ramba di depan laptop plak. =_='. Ampunkan anakmu ini wahai En. Annuar dan Pn.Rohani! menginsafi diri jap. well, aku nak bagi peringatan pada korang, even stress camne pun dalam dewan peperiksaan nanti, pelisssslah jangan jawab exam cam dibawah!
Histeria lecturer korang taw! Histeria!!!
status update : mood terkini
|
|
|
|
meroyan
Good Luck untuk semua yang akan menduduki Final Exam.
Labels:
bebel2 Lurunna,
sahabat
Sunday, November 7, 2010
Saper ade masalah email FB yang beribu-ribu..harus baca nie..!!!
Bila aku, bukak je laptop, secara automatiknya akan ter-open YM, Skype segala. Dan tangan aku plak laju je connect ngn WiFi. Alangkah terkejutnya *ayat tak bleh blah bila email di akaun Yahoo dah cecah 9000++, gila lah...bila cek sume notification dari pesbuk je. Hadoyai...so aku pon menjalankan kerja-kerja pembersihan dan perawatan untuk mencegah kandungan melebihi had di akaun email. So, haruslah share...ye dak?
Untuk elak dari korang dapat bermacam-macam invitation di pesbuk untuk main tu la, jawab kuiz ni la... ade caranya.
Pertama sekali korang pergi dekat "Privacy Settings". Ingat ye, Privacy Settings!Dalam BM ape ye? Ahh, lantak korang la...pepandailah cari.
Kemudian tekan dekat "Applications & Websites"
Then, klik kat "Edit Settings"
Pastu korang remove la applications yang korang tak nak, FB aku cuma ade You Tube ngn BBF je. So aku mmg tak dapat di- invite utk main games FB yang bukan-bukan tu. Bagi yang nak invite aku tu...maaf la ye, aku tak berminat.
Dan.dan...untuk mengelakkan email bertimbun dengan notification terutama bila orang komen gambar yang tak de kaitan dgn korang tapi sebab korang di tag, maka notification juga di email kepada korang, so untuk selesaikan masalah ni sila ikut langkah di bawah.
Macam tadi jugak, 1st, pegi dekat "Account" then klik kat "Account Settings". Then keluarlah mcm gambar di atas. Korang klik kat "Notifications".
Bila keluar gambar nie, korang klik pada notifications yang korang rasa tak perlu. Macam aku punya FB, sumenya tak de tanda, so sume notification tak masuk dalam email. Ade faham? *angguk/geleng?. Oke lah, kalo tak selesai gak masalah. Tutup je akaun.Hehehe.
Labels:
bebel2 Lurunna
Friday, November 5, 2010
Pssssst... Tips Jimat Di Hujung Sem
Hujung- hujung sem nie, boleh di ibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. kadang- kadang puas kais tak dapat- dapat gak. Maaatilah. Tapi biasalahkan, jiwa remaja, nak beli itu ini, nak keluar lepak dgn member. Makan nak berjimat camne pon, kena makan kat luar jugak. Haru lah kalau nak masak kt kolej, mane la bleh angkut periuk kuali segala. Jadi langkah berjimat yang sesuai utk kita ialah....
Kalau ketagih tahap mengeletar nak beli baju, kasut beg segala. Di sarankan anda beli je barang preloved a.k.a bundle. Jimat banyak oke..!
Tak yah malu la. Tak de la org tanya, " Eh, cantik baju kau! Beli bundle eh? Aku tau ko sesak, ko beli bundle". Kalau ade gak, ajak dia pegi, ntah-ntah mata di plak rambang pilih! Tapi pandai-pandai la pilih,jangan ko amik yang koyak rabak plak! dan kadang-kadang baju preloved nie tak penah dipakai or just pakai sekali je.
Kalau nak lepak tu, pegi je maple, tak yah la lepak kat Secret Recipe ke, Starbak ke. Jimat oke.Jimat. Lepak maple, order roti kosong ngn tea O baru RM 2. Plus, bleh tengok tv or online WiFi gak... ikut musim la, kalau time loan masuk bleh la kalau nak memperkayakan diri jap dengan minum air mahal-mahal. Time sesak nafas nyawa-nyawa ikan nie. Buatlah pilihan bijak!
Masa duit tak de nie. Apakata kite semua berbalik kepada port WiFi percuma. Contohnya, kalau korang still belaja cam aku, gunalah WiFi di universiti masing-masing. Tak pun kalau nak online, keluar pegi maple. Order nescafe, duk situ sampai ko dah tak nak online! Oke?
Tips seterusnya agak mendajal org sebenarnya. Kalau korg dah kureng duit di tangan, dan top up da tak de... dengan kredit berbaki bleh hantar lagi satu msg, korang msg kawan yang paling boleh dipercayai.. msg haruslah berbunyi... "Bleh top up kan aku tak? URGENT. Last kredit nie :'( ". Emoticon tu harus ade ye untuk efek sedih!. Tapi lepas korang ade duit ganti lah balik. Jangan senyap je. Bila da ade kredit plak, jangan bazirkan, simpan utk urgent saje. Ala kalau takat nak msg member or sembang nak pakwe makwe, Skype kan ade. Buleh tengok muka lagi uolss! Tak pon msg je kt FB, msg sampai rekah skrin pon tak pe. Tak de bayaran oke!
Oke.cukuplah takat nie dulu. Nanti aku bagi lagi tips untuk jimat. Renung-renungkan dan selamat beramal.bai!
Labels:
bebel2 Lurunna,
duniaku juga duniamu
Thursday, November 4, 2010
Inilah kenyataannya
Bukan nak kata aku nie berlagak kaya atau tak. Tapi zaman sekarang nie RM 100 dah tak de nilai. Bangun pagi pegi ATM keluarkan RM 100, pegi top up RM 30, pegi makan tengahari abes RM 10, jalan nak balik ingat pen abes dakwat la, kicap dengan sos cili dalam bilik habes la. Melayang lagi RM 10. Sampai kolej ingat ade hutang dengan member kamcing. Berlalu lagi RM 10. Bila malam perut berdondang sayang. Sebab nak belajar bia semua ilmu masuk dengan pantas, haruslah isi perut. Jadi habes lagi RM 10. Mana duit RM 100 tadi? tinggal RM 30. Esok confirm abes!!!
Kalau zaman dulu kala. Zaman aku berlari-lari main polis sentri, galah panjang, teng-teng segala. Terketar kepala lutut kalau jumpa RM 100, hari raya pon paling banyak umi bagi RM30, tu pon da tersengih 3 hari. Dapat RM 30 woooo! Bapak ko kasi?? Nak keluar pegi bandar dgn member dapat RM 20 pon dah kira banyak. Nafsu soping masa tu ape lah sangat. Tak de la nak karaoke ke, tengok wayang ke, main bowling ke. Tak de. tak de. Sume nie tak de dalam hidup aku masa tu. Seingat aku maggi jenama MAGGI yang dikira paling mahal zaman dulu-dulu pon harga 40-50 sen je. Air teo-O 30 sen. Nasi lauk 70 sen. Kuih muih 10 sen, kalo naik harga 20 sen gerenti sumpah seranah. Sekarang mana nak cari? jilat kuku la weyh!!! Dulu boleh je aku survive kat sekolah even duit saku ayat kuno sial 50sen je. Sekarang gerenti berteriak rabak mulut kalau bagi 50sen.
Nilai hidup kita bergantung pada kertas. Hidup miskin ke, sederhana ke, kaya raya umah pat belas tingkat ke. Sume perlukan duit. Tak de duit ko akan MATI. Tak percaya korang bleh cuba. Ape yang aku nak sampaikan cuma satu, hidup kita di spekulasikan dengan nilai mata wang, hingga hilang nilai diri kita. Semua kejar pada kemewahan hidup, sampai sanggup diri diperkotak katik. Ye la, mana taknye, kerja siang malam, sampai lupa amal ibadah. Ade yang kerja bagai nak mati tapi tetap hidup mati kelaparan. Kenapa? Sebab hilangnya pegangan agama. Entah korang fikir lah sendiri. Aku? macam nie saja...ade duit aku guna tak de duit aku diam. Aku tak kerja so tak le banyak bunyi.
Labels:
bebel2 Lurunna,
duniaku juga duniamu
Wednesday, November 3, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Jatuh sakit lagi...
Jam 4.40 am. Mundar-mandir dalam bilik tanpa hala tuju. Kerja bertimbun- timbun. Tapi kepala dah tepu. Sumpah dah cukup tepu untuk fikir apa-apa. Bisik hatiku, "lama-lama mcm ni, boleh gila aku nanti". Sambil mundar-mandir, mata terpandang telefon... "rosak ke tel nie? kenapa tak de msg masuk?".
Betul kata Rocky Bosbin . Aku ade penyakit. Muka aku tak riang seperti dulu, dahi selalu berkerut tahan sakit, hidung pula berdarah. Dr. di PKU tak mampu buat apa-apa lagi. Tekanan darah diambil, ujian darah sudah di buat. Mata berpinar-pinar. Sakit nie, perlu diubati.
...
.........
..........
Ye. Betul kata Rocky Bosbin
AKU HOMESICK!!!
Labels:
duniaku juga duniamu
Subscribe to:
Posts (Atom)