Monday, February 28, 2011

Hectic!!!

Hari ini bermula dengan menyambut kedatangan adik kesayangan pada jam 6 pagi! Ohh.gila awal datang..! Ye la...susah payah adik datang dari kelantan untuk melawat kakaknya yang lupa daratan. Hmm. Hmm. Maka, kakaknya pun sambung tido lepas bukak pintu. krooooh. ini tak tipu! . Dan bangun balik bila dapat call dari bakal housemate! Oke hari nie hari pergi melawat rumah. Al maklumlah lagi seminggu kena move on! kena jadi cikgu aida dah lepas nie! omg omg T__T.


muka girang gembira nak pergi tengok rumah! first time duduk umah sewa la katakan T___T. dah 24 tahun hidup baru nak merasa duduk rumah sewa dengan kawan-kawan. gila loser!Jadi...haruslah pakai warna yang seceria...errr...ceria ke? cam pelik je.. oren biru..? mabuk jap. ahakkks!

Menuju puncak!!! oh bukan menuju ke shah alam dan sesat lagi! nasib baik kali nie macam dah mahir sikit, sesat pun dah tahu jalan keluar. eh bukan senang taw nak cari rumah yang tak pernah pergi jenguk! tehee! Maka sampailah kami ke Kompleks Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam.! Sironooook! disebabkan owner tak datang lagi, kami santap kat kedai berhampiran. 


Abaikan! bagi makan pun tak reti senyum ke..hahaha. Dan lepas tunggu dalam 20 minit, maka tuan rumah datang. Wooohooo! Tuan rumah kaya. Naik kereta mewah Oooo. Kami syak dia letak cctv kat rumah tu.. pangggg! oke penampar sedas



 Ruang tamu...! belum dibersihkan lagi. dan belum dimasukkan barang.


Bilik tido i...puas hati. puas hati



Kawasan rumah..parking banyak Oooo. macam rumah kedai. memang kedai pun kat bawah. :)


I menyiboook lagi! balik tengok rumah pergi carefour beli barang-barang rumah dan pukul 7 peatng baru sampai kolej, dan terus siap-siap untuk pergi Malam Anugerah Festik.! Walaupun lewat sampai tapi sangat-sangat berbaloi pergi sebab tak pulang tangan kosong! Alhamdulillah GTA KC bawa pulang dua anugerah. Anugerah Publisiti Terbaik dan Anugerah Khas Pentas! Syukur... :)

dan....esok final exam untuk Psikologi Remaja dan Kanak-kanak @__@.. auuuw!

Sunday, February 27, 2011

Sembunyi Di Atas Noktah...Entri Melekat...Awassss!!!

Entri Melekat sehingga 27 Februari 2011. Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru. Thanks Uolls.


Sempena dengan Festival Teater Interkolej 2011 (FESTIK 11) anjuran Unit Seni Budaya dan Kreatif , Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM. Grup Teater Amar (GTA) daripada Kolej Canselor akan mempersembahkan sebuah teater abstrak berjudul....

"Sembunyi Di Atas Noktah"

Arahan sulung daripada Cik Adiba Zailan  dibantu oleh 29 orang krew yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Me? Ohh well, biasa-biasa saje.. jadi tukang ketuk kepala mereka yang bermalas malasan dan degil.. tak pon jadi diva terhormat kat situ.. boleh?

Menampilkan bakat-bakat baru dari Kolej Canselor dan paling penting, naskah Sembunyi Di Atas Noktah ialah karya daripada penulis kreatif dan tersohor di Malaysia iaitu Siti Jasmina Ibrahim. Naskah ini ditulis semasa beliau mewakili Malaysia ke program MASTERA (karya penulis dari Asia Tenggara) di Bogor, Indonesia di awal penglibatan beliau dalam bidang ini.

Jadi..sama-sama hadirkan diri untuk menonton teater hebat dari penulis hebat serta lakonan mantap krew Grup Teater Amar, Kolej Canselor UPM.

Tarikh : 16 Februari 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Sama-sama datang memberi sokongan!!! Sokongan anda didahului dengan ucapan ribuan Terima kasih. :)

Friday, February 25, 2011

Memori (Tahun 1 sesi 2007/2008)


Minggu Perkasa Putra. Bermula 2 Julai 2007. BP (Bimbingan&Kaunseling) Perdagangan


Perasmian pembukaan sukan Interkolej. Great!!!


Majlis Solat Hajat dan Tahlil sempena Final Exam.


Sembang kosong? dan sekarang meja batu tu dah tak de.. T__T



Gila? hahaha... pengaruh sin chan! on the way ke Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi


Malam Kebudayaan Perkampungan Canselor sesi 2007/2008 dalam kenangan


Selepas penggambaran PERSADA. Rakyat 1st floor Malinja


Pesta Tanglung. Tapi sekarang tiada lagi... T___T


Indah. dan semuanya dalam lipatan kenangan. :)
2007/2008

Sensor



Ohh yes! aku sangat pantang kalo orang pertahankan fakta yang salah sedangkan sume orang yang sedang dia putar belitkan cerita tu tahu hal sebenar. Dear u, pelis lah... jangan biul sangat. rasa nak tikam tikam je kau secara depan depan. Oh...by the way, memang kau jenis yang ,macam tu, jadi tak heran la kan. Sudahlah.. kan makin lama makin ramai yang tak tahan. Kan tak pasal-pasal satu hari nanti bila kau cakap depan aku, panggggg!!!! aku bagi penampar sedas.. haru tak? hahahaha.

Thursday, February 24, 2011

Selamat Hari Lahir...

Mungkin ramai yang tak tahu... baiklah hari nie hari lahir aku yang ke 24. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk hidup selama 24 tahun. Ye, ye memang sah sah la aku lahir 12 November kan...tapi  tu tahun masihi, jangan lupa tarikh lahir sebenar-benarnya aku ialah 21 Rabiulawal 1408H... tak kesah la, tapi hakikatnya memang aku lahir bulan rabiul awal. Bulan tiga! :) dan tak lupa jugak nak wish selamat hari lahir untuk ajaq!!! sebab hari lahir dia 23 rabiul awal..

Apa yang menarik tentang Rabiul awal? hmmmm... Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang. dan Rasulullah saw sendiri pun dilahirkan dan wafat pada 12 Rabiul awal...

Alhamdulillah...jadi ape hadiahnya..? hahahaha...

 
p/s : trivia GTA akan disambung lagi....zassssss...!!!
 

Tuesday, February 22, 2011

I need my own time for myself.


sory...but it's really hard for me to go through. 
lot of tears 


~~~~~~~~

its sad when people you know become a people you knew when you can walk right past someone like they were never a big part of your life & how you used to be able to talk for hours but now you can barley look at them.



Saturday, February 19, 2011

Trivia Krew GTA 2011 : yang korang tak tahu ( Part 2 )

Baiklah, kita sambung Trivia berkenaan team GTA KC yang korang tak tahu dan harus tahu...

  1. Pelakon utama Sembunyi Di Atas Noktah... Zul a.k.a Tuah pelat beberapa huruf dalam alphabet, paling ketara adalah huruf S. 
  2. GTA sinonim dengan penggunaan cheers bagi membakar semangat krew produksi. Pada sesi kali ini, GTA menggunakan cheers HEBAT!!! atau lebih dikenali sebagai cheers arwah! Cheers ini digunakan sejak hari pertama audition, dan diperdengarkan beberapa kali di Auditorium Jurutera.
  3. Minggu pertama bermula latihan dan minggu terakhir latihan sebelum pementasan, krew produksi GTA dihidang dengan donut dari BIG APPLE.
  4. Kenderaan rasmi krew GTA ialah kereta Kancil PEN, dan wira kaler pink!
  5. Wan Hidzir a.k.a Mamu merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil order dan membeli makan malam krew GTA sepanjang cuti pertengahan semester.
  6. Produksi GTA KC adalah satu-satunya kolej (setakat ini) yang membuat road show bersempena dengan Festival Teater Interkolej. Tiga tempat tumpuan ialah Putra Food Court, Food Court Serumpun dan Fakulti Kejuruteraan.
  7. Sugar Glider adalah peneman rasmi krew GTA
  8. Setiap kali memasuki BSB untuk latihan, pelakon utama secara automatik akan menanggalkan kasut biarpun BSB dipenuhi dengan tahi burung... =_="
  9. Tidak ada seorang pun pelakon 'Sembunyi Di Atas Noktah' tidak dipukul oleh jurulatih kami, samada dengan menggunakan hanger, ranting kayu, tongkat datuk kelana ataupun skrip
  10. Krew Produksi GTA KC adalah nocturnal! sila google..

Friday, February 18, 2011

Trivia Krew GTA 2011 : yang korang tak tahu ( Part 1 )

Alhamdulillah, tamat sudah pementasan teater, "Sembunyi Di Atas Noktah". Ramai yang datang memberi sokongan. Terima kasih semua. Nantikan saje keputusannya pada 27hb Februari nanti. Moga-moga ade rezeki untuk team kami.

Hmmm...sebenarnya banyak perkara belakang tabir yang korang tak tahu. Jadi aku nak review balik kejadian- kejadian sepanjang proses pembikinan teater ini. Macam best kan! 
  1. Kebanyakkan krew produksi GTA terdiri daripada pelajar tahun 1,2 dan Final year student. Kemana tahun 3? Hmmm...itu kami tak tahu!
  2. Hampir separuh daripada krew produksi GTA "Sembunyi Di Atas Noktah" adalah krew GTA "Kopi Susu Sepatu Biru".
  3. Terdapat 5 pelakon, 4 korus dalam teater ini dan hanya seorang saja pelajar tahun 2 iaitu Cik Laila Khalida, selebihnya adalah pelajar tahun 1. Kiranya GTA gunakan pelakon yang paling "hijau" berbanding dengan kolej-kolej lain.
  4. Cuti pertengahan semester digunakan sepenuhnya untuk latihan siang dan malam. Latihan tanpa henti.
  5. Pada asalnya, pementasan "Sembunyi Di Atas Noktah" adalah pada 15hb Februari, namun tarikh kemudiannya di tukar berikutan menghormati sambutan Maulidur Rasul.
  6. Latihan sepanjang cuti semester biasanya tamat dengan menonton movie beramai-ramai dengan hanya mengunakan laptop 14'. 
  7. Bagi mengelakkan terlewat untuk latihan sebelah siang, kebanyakkan krew GTA mengambil langkah untuk tidur di PKP, dan ade yang tidur di dalam STOR PKP, dasyat tak? hehehe
  8. Pelakon-pelakon yang terlibat dalam GTA ada yang terpaksa 'curi-curi' untuk menikmati air sejuk/ ais berikutan syarat berpantang minum sebarang air sejuk/ais.
  9. Selain daripada PKP dan BSB, krew GTA juga menggunakan Pentas Angsana, Bukit Ekspo sebagai tempat latihan rasmi.
  10. Kejadian malang yang menimpa krew sepanjang latihan... 2 orang kehilangan dompet dan seorang kehilangan handset tanpa disedari di tempat yang sama iaitu Mines! 2 orang krew terseliuh kaki dan salah seorang krew GTA kehilangan haiwan kesayangan.

PKP : Pusat Kegiatan Pelajar, Kolej Canselor
BSB : Balai Seni Budaya, Kolej Canselor

Untuk tahu lebih lanjut.... ikuti trivia ini sehingga part akhir....watch out!!!! :)

Tuesday, February 15, 2011

Passion?


Lagi mau taw kenapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Just another day to go! Mak nebes uolsss.

Monday, February 14, 2011

Bahasa Rahsia

Tuuuut pak kut tijngangg... ku gat cicici ngend iakn. kat wuwu liambs taw kuku niemano? woooot tweet grrrrr... ngan ngan ngan. Pot pet makanbungku sioti akkk akkk akkk. die shoot shooottttt gudi krapu meh teng pung pang.

kekek movianiesaq ngmani. abugi abugi. ahhh super sayai..chiaaaaahhhh! die die. 


p/s : tengah marahkan seseorang..!


Friday, February 11, 2011

Hilang

Telefon hilang. Jadi sila usahakan cara lain untuk berhubung dengan aku ye sedara sedari sekalian. FB, Twitter, Skype, YM, Formspring, surat layang, ketuk pintu bilik, burung merpati, memo, flyers atau apa saja cara. Hmm, sila jadi kreatif untuk berhubung dengan aku.

Kita cuba back to the basic..apa yang berlaku bila si Lurunna tiada telefon? Hmmm...

Ampunkan aku

Perkara yang aku cuba belajar setiap hari dan sentiasa akan belajar sampai mati adalah belajar untuk sabar. Kadang-kadang ada perkara yang melampaui batas yang buat aku terduduk dan menangis. ada kata yang menghiris hati. Tapi aku biarkan saja..telan semuanya dengan kesabaran.

Beringatlah... kita sentiasa berdepan dengan pilihan. untuk buat orang suka atau benci. Untuk sedih atau gembira. Aku terima pandangan semua pihak, yang baik aku guna yang buruk aku jadikan sandaran. Sedar tak sedar, ada hati yang terluka. Tapi luka dihati kebanyakkannya atas pilihan individu sendiri.

Percayalah..setiap dari kita terluka, kecewa dan marah atas pilihan sendiri. Kenapa terima sesuatu perkara dengan mengharapkan semuanya akan baik saja.? Persoalkan diri sendiri, adakah kita cukup baik untuk tuduh orang jahat ada buruk perangainya. Adakah kita terlalu sempurna untuk melihat kelemahan dalam diri insan lain. Dan jangan sesekali letakkan syarat untuk hidup sempurna. Kita bukan hidup di syurga untuk mengharapkan kesempurnaan. Jangan hidup berlandaskan dogengan peribadi. 

Nasihat aku kepada diri sendiri adalah perbanyakkan sabar dalam diri. Tiada insan yang sempurna jadi terimalah mereka seadanya. Kita hidup untuk diduga... syukurlah dengan nyawa yang diberi...jangan mengeluh bila diberi dugaan dan ujian. Bila kita sedar dengan kematian, kita tidak akan ada masa untuk membenci sesiapa. Aku pon manusia biasa yang punyai rasa, tapi manfaatkan sepenuhnya iman di dada. Berkali-kali aku nasihat pada diri sendiri, jangan pernah membenci, tamatkan sengketa, jangan biarkan malam berlalu tanpa kata maaf. 

Maafkan aku andai ada salah silap. Ampunkan aku jika kematian menjemputku sebelum keluarnya kata maafku. Aku takut untuk menanggung dosa sesama manusia, yang hanya manusia saja bisa maafkan. Kepada kenalan, sahabat handai. ampunkan salah silap aku.



Tiada siapa faham

Tajuk macam mintak penyepak kan?hahaha. Tapi...dari pengamatan aku, tak de saper faham aku. Aku suka apa, benci apa, mahu apa, rasa apa. Tak de orang pun yang tahu latar belakang sebenar aku. Siapa aku. Keluara aku je yang tahu, tapi keluarga aku plak tak tahu latar belakang aku kat sini. memang aku susah nak berkongsi rasa dengan sesiapa. Ntah la nape...rasa cam tak sesuai, mampu ke korang faham aku?

Aku belajar dari pengalaman, saat aku sangat memerlukan seseorang dalam hidup aku, saat aku betul-betul jatuh, tiada siapa di sisi aku, untuk tenangkan aku. Tak sama bila saat mereka memerlukan aku, aku akan sentiasa cuba berada di samping mereka. 

Kesakitan lampau telah membunuh perasaan aku pada hari nie. Sampai timbul keadaan di mana aku sangat melindungi perasaan aku sendiri, sakit aku, pedih aku...aku tenangkan sendiri...sehingga kata-kata penenang dari orang lain tak mampu tenangkan hati aku. Apa yang pernah aku alami sangat memberi impak dalam hidup aku, trauma mungkin.




Day 9

Bertemu lagi di hari ke sembilan..! Mesti korang bosan kan. tak pe. tak pe. Sila tabahkan hati ye seme- seme. Hari nie kita buka topik... a photo of the item you last purchased. Last sekali tadi aku beli....


boleh dikira tak kalo beli roti impit? hahahahaa. oke.oke.. sila sirius. Last sekali aku beli... hanset. Baru tak baru, lama tak lama la, dalam 3bulan lepas...




Norkiah CJ7 . Tapi aku beli satu je la... beli dengan duit hasil titik peluh membanting tulang nie. nak pakai telefon canggih manggih tak mampu lagi.. =_='. Itu saja la barang yang aku beli, aku nie susah sket nak keluar soping-soping tak tentu hala. Nak beli baju ke, apa ke... memang susah la kan. sebab duit kena simpan, nanti nak beli rumah banglo..hahahaha. oke, gelak keji di situ. bai!

Thursday, February 10, 2011

Day 8

A song to match my mood. Hmmm, banyak yang berlaku dalam sehari, dua nie... kadang- kadang aku rasa macam...






dan kadang-kadang rasa macam...






Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawakan kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan


p/s : dapat agak tak mood aku sekarang....? 

Wednesday, February 9, 2011

Day 7

OMG...gila la. Memang kena tabah la kan nak abeskan tag nie. Nie baru hari ketujuh, 23 days to go! Ayakkkk.. Oke la, buat pengetahuan seme-seme sedara sedari, hari ni hari ketujuh aku buat benda alah ni. Hari ini adalah tentang perkahwinan impianku bajet nak jiwang je kan. Hahaha. 

Perkahwinan? Ooo...aku nie bukan jenis yang sesusah nak buat kenduri gebang satu negeri, nak pelamin gah-gah sume. I realistik oke. Buat majlis kesyukuran sajor, buat makan sikit-sikit untuk walimatul urus jer. Ye la nak panggil la kawan-kawan, jejiran, sedara mara... bagitahu aku dah kawin, tak timbulkan fitnah, ye dak? Ringkas- ringkas saje...sebab... (hehehe..bajet suspen giler!)

Aku nak rumah! Ye, tak pe la abang kalau tak de pelamin, tak de duit hantaran RM33,333.33, tak tumbang lembu, kerbau dua, tiga ekor. Tak pe. I tak kisah! Yang penting.... jeng..jeng..jeng



meletooop gitu. hebat tak hebat tak? grrrrr...


ruang tamu. cantik tak banggggg.. *tetibe kann


OMG...romantik giler aku nie, siap nak suh tabur bunga bagai ini tipu



banyaknya sofa aku nak.. kalau tetamu ade yang duk atas lantai aku sumpah kena buasir.. *kurrr


ringkas sajor...


olohhhh... elegance sungguh!


bilik untuk bakal anak. ya ampun..kemaruk dah aku nie.. kipas diri sendiri

Patutlah tak nak pelamin, tak nak pape kan. keh keh keh. Buleh lingkup sesaper yang nak kawin dengan aku! Tapi i realistik ye, nak kawin haruslah kena ada rumah, belanja kawin sajer dah lebih kurang 50k so baik guna buat beli umah. Kau kawin bukan main mewah pastu duk rumah flat sewa plak tu. Mak tak nak oke macam tu. No no no. Perlu bijak berbelanja ye sedara sedari. Lingkup la bakal suami aku..hahaha. Relaks ye bang! untuk kepentingan bersama nie.ececece. 

Tuesday, February 8, 2011

Day 6

Cabaran "30 things in 30 days Challenge" hari keenam.! A photo of an animal you'd love to keep as a pet. Menatang apa lagi kan selain daripada.....



Ye. Memang aku gemar sangat sangat menatang kaler orencoklat nie. Geram kot, ase cam nak cekik je bila nampak dia melintas. Aku panggil beliau si perutlabuhrapatkelantai. Gila diva uolls menatang peliharaan aku nie.! Kalau bagi sardin nak yang ayam brand je. Sumpah tak tipu. Bila aku duk nak bukak pringles, mmg dia duk sibok nak duduk atas riba aku dan berusaha memasukkan kepala dia dalam bekas pringles. Gila tak?

Tapi yang nie la aku sayang, buat peluk...even dia agak diva... tapi memang kesayangan sume orang kat rumah lah. Nak jaga pon tak susah, cukup makan, cukup kasih sayang, membesar lah dia dengan sihat dan kuat! Satu je aku tak suka dengan menatang nie (oh ya, nama dia chek) dia suka sepahkan dan pecahkan barang. Perosak alam betul =_='.

Monday, February 7, 2011

Day 5

Day 5 - What makes you different from everyone else ?

Selama 20 tahun lebih aku hidup seboleh-boleh tak nak bagitau umo..haha baru sekali aku dapat teddy bear/ anak patung. Ye la kan dak pempuan cam aku nie biasanya koleksi mainan bajet girlie-gerlie, gila loser aku kan dapat sekali je tu pon masa umur cecah 20 lebih. dasyat tak? dasyat tak? 

2 tahun nie je baru aku sedar aku alergik dengan seafood, selama nie main hentam je..bila bengkak/ radang/merah situ sini aku salahkan ketam or udang tu! konon tak segar... lepas satu kejadian bila kelopak mata, bibir dan badan aku bengkak teruk dan ruam baru sedar diri ini alergik. Pergi klinik tu pon sebab tak tahan panas dan pedih. boleh dikategorikan berbeza dengan orang lain tak? haha

aku ada satu sim card dan 5 bijik telefon. ada sume charger telefon.. brand sony erikson, norkiah, GSL, alkatel,  panasonic, dan samsung. Hebat tak? korang ado? hahaha. yang pasti telefon tu ade lah telefon biasa sajor, tak dela yang touch screen, boleh lipat-lipat bagai..teheee.

makan megi tak pernah abes satu bungkus. Ini kenyataan! bila megi tu dah kembang, aku dah geli tekak nak makan. ade ke masyarakat cam nie? buleh wat grup kat FB dah nie...ha ha. Bila aku minum air milo, aku tak leh minum yang last sekali yang pekat likat dengan milo tu. Aku geli tekak. Sumpah aku tak leh minum.

aku tak buleh dengar orang menulis di papan hitam, aku tak leh tengok kapur tulis tu, aku seriau. aku duk terbayang makan chalk tu. Aku tak leh tengok foil dalam kotak rokok..aku gerun.. aku rasa cam lidah aku luka. sobbs T___T. Pelik tak? 

aku ade instinct yang boleh dikatakan bagus. Alhamdulillah anugerah dari Tuhan, sebab tu kot aku bakal jadi kaunselor.. jiwa manusia sangat dekat dengan aku... aku dapat baca mimik muka orang, aku ade pendengaran yang bagus..hati-hati bila ngumpat ye...! sedangkan kereta yang lalu kat luar masa aku duk pkp pon aku dapat agak siapa yang datang. Gila tak? oke ini bahaya! 

aku sangat susah nak demam.. 2 atau 3 tahun sekali baru aku demam dan selesema... selalunya kalo aku dapat mc sebab migrain atau food poisoning! tak de kes-kes demam nie. Alhamdulillah. Aku dah banyak kali excident, tapi alhamdulillah walau aku tergolek-golek, motor cedera parah sekali pon, aku tak pernah luka... syukur sangat.. :)

aku susah giler nak marah, meradang, merajuk bagai...tapi sekali aku terasa. habeslah. aku sendiri pon tak dapat nak bayangkan. Pernah aku tersinggung dengan sorang kawan nie..aku just ambik langkah berdiam diri... akhirnya dah hampir 9 tahun aku diam membisu. merajuk dengan kawan aku yang berubah perangai buatkan aku jauhi dia dah hampir 3 tahun. aku memang takkan marah, cuma aku akan diamkan diri sediam-diamnya sampai kau takkan boleh cari aku lagi. 

tu la sesikit sebanyak tentang diri aku. Aku jenis yang relaks je. Aku akan buat apa yang aku suka, akan tinggal apa yang aku benci sama macam manusia lain. Aku tak takot tanggung risiko. Bagi aku ajal maut di tangan Tuhan, so buat je la apa yang aku rasa betul, paling hebat pon kena marah, kena pukul kan? tu je.. nak kenal lebih-lebih sila kenal depan-depan lah. lagi gempak! hahahaha. aku tak berapa baik, tapi aku jugak tak jahat sangat...sedang-sedang sajor.. :)


nah.ambik gambar sekeping! ye. peveret aku tu..caramel frap... :)

Day 4

Favorite photograph of your best friend...hmmm. Cabaran untuk 30 things In 30 days challenge diteruskan lagi. Gambar? Nak gambar pulakk. Oke.oke.orait. buleh je nak bagi. Ohoiii! Entri sarat dengan gambar. sila redho.. gitoooow... *gaya ala diva.!

oke. kita zasss! sekarang... :)


Gambar nie diambil sebelum Festival Zapin Interkolej (Zafest) tahun 2010. Sem 2 sesi 2009/2010. Masa nie aku dengan jawatan Exco BKK. Aktif seni gitu uolsss! hepi sangat sangat! Even tak menang tapi puas hati.


Gambar nie bersempena majlis penutup Fiesta Warisan Pantun Tiga Penjuru (Firu's). Sem 2 sesi 2008/2009. Masa nie aku jadi Ketua Unit Urusetia. Pening kepala mak uolss nak handle pertandingan gila nie. Banyak sangat sifir-sifir pantun kena khatam. Tapi gila enjoy!! mak like!


Nie gambar masa lepas habis kelas Oral Interaction Skills, lecturer kitaorg nak celebrate last day kelas. Nie Masa semester 1 sesi 2008/2009. Semua tu budak-budak course aku. Ye sume tue budak kaunseling! :)


Gambar with my bestie. Melepak-lepak kat Putrajaya setelah balik berkelah-kelah di Sg.Congkak sampai tersesat-sesat. Gila mahal air teh o ais niza. Sumpah ingat sampai sekarang :P


Gambar bersama teman satu board mtm sesi 2009/2010. Hari kak tim kena tepung dan keesokannya berlepas ke Pulau Pangkor untuk bercuti dengan mereka. seronok giler oke! :), rindu diorang sangat-sangat.


Juga member mtm. Nie pada bula november. Ye. pada hari lahir aku. dan ditepungkan! dem. nasib baik aku tak pakai baju korporat. hazab oke nak sental sebab diorang selalunya guna tepung ubi. gila dasyat kawan- kawan aku nie. redho sajor.. =_='


Malam Tunas Budaya sesi 2009/2010. Gabungan KMR dan KC. First event handle masa jadi exco BKK


Bowling tournament krew GTA, Kopi Susu Sepatu Biru. Enjoy giler! rindu semua especially cik usna sayang!


Team debate aku! aku biasanya jadi 3rd speaker. Ni masa pertandingan Piala TNC. Tahun 2009


Hari keluarga course aku. buat senaman pagi guna lagu ayumi oke. cute tak?hahaha


Masa majlis anugerah canselor. tahun 2010. biarpun baru je berlalu, tapi dah rasa lama giler tak jumpa diorang. Rindu sangat. Tapi tak pe sebab sekurang-kurangnya mereka semua pernah hadir dalam hidup aku!

Gambar budak aktif kolej memang sarat dengan event je la kan. Macam mane sibok pun mak tetap seronok. Bersyukur sebab di beri peluang kenal mereka-mereka semua. Di beri peluang untuk timba pengalaman, dan belajar perkara baru. Dan diorang semua aku akan ingat sampai bila-bila! Actually banyak lagi gambar, banyak lagi teman-teman yang aku sayang, cuma nanti kan korang menyampah plak kan. Dan bagi yang tak de dalam gambar-gambar nie, tak bermakna aku tak sayang korang, korang sume istimewa dalam hidup aku oke. :)



Saturday, February 5, 2011

Day 3

Idea for my perfect first date.? Baiklah ini hari ketiga untuk cabaran "30 things in 30 days challenge" . Entahlah, aku nie jenis stok yang tak kisah. Nak macam mana untuk first date? Ohhh my..lansung aku tak leh pikir. loser tak?hahaha. Biarlah ia jadi tanpa dirancang... ye dak?

Siapa pun dia, even dia baca blog nie sekalipun..harapnya dia taw aku jenis yang macam mana. Aku tarak kisah hal-hal gini yang penting boleh diterima akal aku.  Cuba bayangkan, kalau si dia still belajar dan bawa aku pegi date tempat bukan main kelasss uolss.. duit? haaa...duit nak cekup mana? Tak main la belanja awek dengan duit mak bapak. Bagi hadiah? untuk apa bagi hadiah... macam dah last jumpa plak nak bagi hadiah bagai. Membazir! hohoho.

Ringkas-ringkas sudey..yang penting hari tu, aku kenal dia..aku tahu dia jenis yang macam mana, taste dia. Tak payahlah merancang untuk kesempurnaan sebab takot nanti diri sentiasa berselindung di sebalik kebenaran.. lepas kahwin mula lah melalak coz perangai masing-masing berubah. No no no...aku takkan biarkan hidup aku diselubungi misteri. Awassss!!!! sebut ala-ala diva gitu. hahaha.

Friday, February 4, 2011

Day 2

My favorite movie..? Hmmm...aku actually suka tengok citer seram, citer twist, kejam..aksi. Aku pon tak tahu nape aku suka layan sangat citer gini. Even aku tengok siap terkejut bagai, ase nak terkoyak tekak menjerit pon tetap suka tengok.. lagi-lagi kalo tengok ramai-ramai dengan member. Dan kebetulan, hari ini aku tengok movie....


... Phobia dengan budak-budak GTA.. tengok di bilik eksekutif kolej aku sambil makan nasi. Berhimpit oke! bayangkan 25 orang dalam bilik yang tak seberapa besar tuh. Paling sedih tengok hanya dengan laptop skrin 14'...hahaha..tapi sumpah seronok giler bila tengok ramai-ramai! Even stress coz tengok citer seram, belum apa-apa sini jerit, sana jerit dah.. 

Actually bukan cerita yang best, tapi suasana, dan cara kita menikmati movie tu.. Bila tengok sesama geng, rasa lebih akrab dan fun..! Tak sangka plak plan nak tengok cerita ramai-ramai nie terlaksana jugak akhirnya. Ingatkan tadi tak ramai yang nak join..last-last sume sekali duk melekat kat bilik tu. =_='

Thursday, February 3, 2011

Day 1

Favorite song..? Hmm, banyak.. tapi lagu yang kiranya paling meaningful untuk aku, lagu Sahabat Kecil. Best lagu tu. Memori kecil aku, sekarang dan masa depan berputar-putar rasanya bila dengar lagu nie. Setiap masa kita perlukan sahabat kan? Ada sahabat yang buat kita kagum, buat kita menangis, bergelak tawa. Memori bersama sahabat-sahabat nie memang sangat-sangat la manis. Zaman tadika...sekolah rendah, sekolah menengah, universiti... dan kini, aku dah nak abis belajar pon. Macam-macam pengalaman, macam-macam rasa... jom hayati lirik dia.. :)


Baru saja berakhir
Hujan di sore ini
Menyisakan keajaiban
Kilauan indahnya pelangi
Tak pernah terlewatkan
Dan tetap mengaguminya
Kesempatan seperti ini
Tak akan bisa di beli...
Reff:
Bersamamu ku habiskan waktu
Senang bisa mengenal dirimu
Rasanya semua begitu sempurna
Sayang untuk mengakhirinya
Melawan keterbatasan
Walau sedikit kemungkinan
Tak akan menyerah untuk hadapi
Hingga sedih tak mau datang lagi
Back to Reff:
Janganlah berganti
Janganlah berganti
Janganlah berganti
Tetaplah seperti ini
Janganlah berganti
Janganlah berganti
Tetaplah seperti ini

sedih kan..meaningful tak? dituju khas buat semua sahabat-sahabat, abang, kakak serta adik-adik yang pernah mewarnai hidup aku. Memang terlalu sedih untuk mengakhiri semua nie. Banyak yang dah aku pelajari sepanjang di UPM, sedih kot dah nak abes belajar. Untuk korang yang still belajar... teruskan timba seberapa banyak kenangan. Supaya korang bleh simpan semua memori tu. Sayang semua! *hugs&kisses*

30 things In 30 days challenge.. wohhhooo!!!

Baiklah...cabaran-cabarannya ialahhhh.....  gila nebes!

Day 1 - Your favorite song
Day 2 - Your favorite movie
Day 3 - Your idea of the perfect first date
Day 4 - Your favorite photograph of your best friend
Day 5 - What makes you different from everyone else ?
Day 6 - A photo of an animal you'd love to keep as a pet
Day 7 - Your dream wedding
Day 8 - A song to match your mood
Day 9 - A photo of the item you last purchased
Day 10 - A photo of your favorite place to eat
Day 11 - A picture of your favorite memory
Day 12 - Your current relationship, if single discuss how single life is
Day 13 - A picture of your favorite band or artist
Day 14 - A TV show you're currently addicted to
Day 15 - Something you don't leave the house without
Day 16 - Short term goals for this month and why
Day 17 - How you hope your future will be like
Day 18 - 5 things that irritate me about opposite/same sex
Day 19 - A picture of something you want to do before you die
Day 20 - The meaning behind your blog name
Day 21 - A photo of something that makes you happy
Day 22 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 23 - 15 facts about you
Day 24 - A photo of something that means a lot to you
Day 25 - Who are you ?
Day 26 - A photo of somewhere you want to go
Day 27 - What kind of person attracts you ?
Day 28 - In this past month, what have you learned ?
Day 29 - Something you could never get tired of doing
Day 30 - A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

benda nie aku cedok dari blog si Bebo0. Jadi kenalah komited untuk bagitau uolss ape mek suka buat. Kiranya sesi korang nak kenal mengenal dengan aku la kannn. sesaper yang berani, berhati waja dan cekal buleh lah cedok dan buat kat blog korang, nanti aku follow untuk kenali korang! Zaaaaassss!!!!

Wednesday, February 2, 2011

Count on Me




Aku sudi untuk berada di sisi sesiapa saat aku diperlukan.