Monday, January 31, 2011

Imiginasi

Bagi orang yang super duper busy konon macam aku nie, cuti adalah sangat tidak bermakna. Haruslah kena buat macam-macam kerja masa cuti, macam-macam tu tak termasuk pergi curi durian umah mak jah, bagi penampar kat siti atau rampas kekasih khatijah. No no no. Mak tak buat kerja camtu dek non. Disebabkan tekanan sana sini yang boleh buat aku injured atau sekurang-kurangnya cramp kat hati atau jantung.. aku lebih suka habiskan sebahagian masa dengan imiginasi. =_='. Gila loser camni gaya aku hidup. dem. Ahh, suka hati la buat apa pun. 

imiginasi pertama.! aku bayangan aku nie penyanyi. oke. sila dengar macam-macam lagu yang best dan nyanyi. Anggap saja sedang buat performance. OMG, boleh latih keyakinan diri tahap tertinggi tau! hahaha. Dengar lagu ulang-ulang sampai hafal lirik. lagu omputih, melayu, jepun, hindustan? sume aku sapu. I kan artis yang versatile, setakat pat belas bahasa tu boleh sangat! *sambil kibas tangan. 

imiginasi kedua. Anggap diri sangat fofular dan digilai ramai. Jadi harus update twitter setiap 5 saat. Nanti orang tak tahu perkembangan diri aku. Kalo diorang marah camne? so, update sebelum orang marah, even just nak minum nescafe. dem sekali lagi. follower tak sampai 50 orang ade hati nak mengaku fofular. kepochi betul kans. Tak pe. Tak pe. Mungkin satu hari nanti akan fofular, jadi kena mulai berlatih untuk hadapi sume tu starting today.! oh ya. imiginasai tak perlu bayar. suka hati i la.

imiginasi ketiga. Bila tiba-tiba rasa lapar, bayangkan sedang makan kat restoren bombastic, makan spegeti yang paling sedap kat dunia...spageti paling sedap mesti berkuah kari. Ye...tepat sekali..maggi. again....fuhh  Untuk tambah kesan khas kemewahan perlu letak sosej sikit dan sos cili...dan sos cili haruslah yang percuma yang mekdi bagi! dan kalau mahu lebih eksklusif  kena makan pakai chopstick dan diiringi muzik kelasik! awesome kan hidup i..? Kalau nak makan dessert, tatap je gambar icekrim yang cari kat google lebih kurang pat, lima minit. Harus cari yang bermacam perisa dan mahal tau! macam kat bawah nie....



banyak tak? hmm, kena kongsi dengan rumet. Jangan kedekut sume...! Oke lah kita bersambung lagi kemudian sebab aku rasa dah sampai masa untuk flight ke tokyo. Ada konsert uols. hidup i memang hectic! ke sebenarnya pathetic? T____T. 


p/s : kuasa google...macam-macam boleh buat.. banyak layari internet aku nie. haishhh.

Aku masih sayang kau

Dulu, masa kita jadi kawan. Senang je, mesej sepatah... berpatah-patah kau jawab. Kau pernah marah aku sebab selalu mesej pendek-pendek. Kau kata aku membazir... ye la, panjang ke pendek ke bayar tetap sama. Setiap jam kau tanya khabar aku. Sampai bila kau atau aku keluar dengan member pon kau bagitau aku, kononnya kalau apa-apa jadi, at least aku taw.Tapi sekarang, usahkan kau nak mesej... bila aku mesej pon tak masuk fon kau. Kau tutup fon ea?

Dulu, masa kita jadi kawan. Boleh katakan hari-hari aku atau kau akan telefon. Gilir-gilir. Dulu kau ajar aku buat super savers la, activ10 la...friend finder segala. Kau kata lebih jimat, cakap berjam-jam pon tak pe. Sanggup tunggu pukul 12 tengah malam, buat super savers untuk telefon kau. Bila tamat sejam, kau pulak buat... pukul tiga, pat pagi baru masing-masing tido. Entah ape yang kita cerita sampai berjam-jam...ha ha ha... Tapi sekarang, usahkan sekali sehari...sebulan sekali pon tak mungkin.

Dulu, masa kita jadi kawan. Kau tahu aku sakit...terus je kau datang cari aku. Kau kata kau bimbang. Siap bawa ubat..kita keluar makan. Berdua. Ye berdua..sebab kau suka keluar dengan aku..ade je benda kita nak cerita..sampai tak menyempat nak buat apa-apa. Cari port, duduk minum atau makan dan bercerita, gelak-gelak berjam-jam. Sumpah tak bosan. Tapi sekarang, bila kau datang..aku dah tak tahu nak cakap apa... pandang kau pon aku jadi kekok. Kenapa ya?

Aku taw kau masih sayang aku. Sebab aku masih kawan kau. Tapi mana kau sekarang.? Atau mungkin kau pon sedang tanya dan fikir benda yang sama. Entah. Aku tak tahu...sebab kita dah tak faham satu sama lain. Sedar tak sedar kita dah makin jauh. Makin jauh... 

Seriously...aku mula rindu kau. Ye..aku rindu kau sangat-sangat. Kau?


p/s : aku dengar lagu Count On Me ulang-ulang kali...aku rindu kau lah bodoh!






Sunday, January 30, 2011

HAQ...dari pandangan aku



Aku nie jenis yang jarang luangkan masa untuk menonton wayang terbaru...sibuklah katakan. Since sekarang nie cuti semester sempena CNY, dan seperti yang sedia maklum tak de kedai makan yang buka kat kolej, jadi terpaksa la keluar makan. Sambil keluar makan, aku spend time untuk tengok movie. Oh ya, aku keluar dengan adik manisss Cik Zara.

20 minit pertama tengok citer nie aku dah gelak-gelak sampai sume orang dalam panggung tu tensen. Neway, tak ramai pon. Citer dia tak berunsur komedi, tapi mungkin sebab too much motion, scenes tak related antara satu sama lain buat aku tergelak dan geleng-geleng kepala. Cerita berkisah tentang dendam, tapi tak kuat sangat la point dendam tu, jeles? Tak di elaborate sangat jeles tu... plot cerita tak kuat dan peleraian dia pon cam kelakar. Pendapat aku, mugkin orang yang buat cerita nie terpengaruh sangat dengan citer omputih.! Banyak scenes yang tak patut diwujudkan. Buang masa. Tapi aku tunggu juga sampai abes coz nak tahu siapa penulis skrip. dan, sayang sekali...tak de penulis skrip coz mereka adalah panel skrip production tu.

Aku nie pengkritik bebas... aku sokong je citer dari Malaysia, kalo tak..takkan la aku tengok kan, tapi banyak yang perlu diteliti perlu dikaji. 

Saturday, January 29, 2011

Welcome



Really needs my family. Seriously. 
:'(

Jalan-jalan cari makan

Banyak sungguh hal yang bermain-main di fikiran. Aku kalau time serabut-serabut gini memang tak buleh duduk setempat. Ade je nak keluar, mulalah perut nak makan macam-macam. Nak cuba itu ini, thanks sangat-sangat kat syud kerana sudi temani diri yang sedang bercelaru nie. Ke Mines je pon. Hak hak, gebang bukan main tapi pergi Mines je. Tu pon misi utama untuk cari barangan makanan budak-budak GTA...kebulur kan susah hati plak aku T_T. And...menikmati branch kteorang kat Pizza San Francisco..oke lah, buleh tahan jugak la makanan dia. 


Linguine Salmon. (RM 18.90)
sangat bessssttt!!!! Oh, ini syud punya, aku tukang try jugak :) 


Mine. Lasagna-Beef (RM15.90)
sangat mengenyangkan dan chezzzyyyy. Sos dia bes. dan banyak sampai buleh makan dua orang. sungguh tak tipu! Mak tak habes dek non, nasib baik ade si perabes. Ha ha.


Pizza Caprieciosa (RM19.90) Regular.
Sahabat berdua ini adalah orang yang tamak dan berperut sangat besar dan gelojoh kot. Haha. Jatuh saham jap =_='


licin? emm tak lah sangat. Sebab kenyang yang melampau. Pizza tu siap bungkus, ikutkan hati mau je bungkus saki baki lasagna tu, tapi kan takot di gelak dek pekerja kat situ plok. Ohh ya, air kosong di caj RM0.90 cisssss!!!! Gila mahal. Naseb baik makanan sedap. Sila lah pergi kalo nak merasa. Tak rugi kalo try sekali sekala, tapi boleh papa kedana gak kalo hari-hari makan macam nie. Sila berjimat cermat selama seminggu!

Friday, January 28, 2011

Pengaruh TV

Satu malam, tengah malam sebenarnya.. sambil duk layan drama kat tv. Sambil makan roti bakar letak butter dan gula ohhh sedapnya aku tanya adik aku :

"Hantu apa yang paling ekin takot?"
"Ju-on", kata adik aku sambil mulut ternganga dan muka cemas.

Serta-merta muka aku merah biru duk tahan gelak dan akhirnya tergelak dengan sangat kuat sambil tangan duk tumbuk-tumbuk lantai! Kah Kah Kah. Dalam banyak-banyak hantu kat malaysia nie cam pontianak, toyol, hantu raya bagai, hantu jepon tu jugak yang dia takut! Kah kah kah. See? nampak tak kuatnya pengaruh tv terutamanya rancangan dari luar negara kepada anak-anak muda remaja hari nie. Adik aku tu sampai nak tido pon kena aku temankan coz takut kat si ju-on tu. Tu baru citer antu, kalo budak-budak yang stok nengok cerita power rangers, ben-10 segala, sah-sah segala anak orang dia tibai. Tak de anak orang, kompem adik tersendiri hari-hari kena sepak.


Budak-budak sekarang tak macam zaman aku dulu-dulu, aku banyak main kat luar. Petang-petang naik beskal amik angin keliling kampung, malam pegi mengaji, balik dah nak tido dah...tv layan kekadang je. Mana ade playstation segala, bantai je ape yang ade untuk jadi permainan. Tak semewah budak-budak sekarang yang disogok dengan kemodenan dan kemewahan. Sampai terpengaruh tahap paling dasyat. 

Filem- filem kat malaysia plak kononnya nak bagi pengajaran maka penerbit dan pengarah ni pon buatlah cerita tentang isu yang perlu diberi perhatian contohnya mat rempit, dadah segala hal yang terselit nilai moral. Terselit katanya. Terselit! Maknanya kalo tak belek betul-betul citer tu sah tak nampak mana nilai moral yang nak ditonjolkan. Last-last memang hancussss la. Habes sume pakat dok merempit, dan lakukan aktiviti 'menyumbang' diorang nie. Ye la... 70-90 peratus cerita berkisar kepada kerosakan akhlak la ape la...dan 30-10 peratus babak akhir baru lah nak masukkan ending insap. Yang mana beri kesan? Lu pikirlah sendirik..




Wednesday, January 26, 2011

Mood : Teater


montaj teater tahun lepas

Sekarang mood berteater dibuka seluas-luasnya. Dah lama sebenarnya aku join group teater nie, aku seronok berkarya dan berseni even lukisan aku worse giler tapi nak buat camne, seni dah sebati dalam diri aku. Pantun, teater, drama, nasyid, band, irama asli. Pendek kata semua benda berusurkan seni budaya kreatif nie aku cukup suka dan puas bila dapat ceburinya. Entah bila aku terjebak pon aku tak pasti. sigh

Grup Teater Amar (GTA), iaitu grup teater kolej aku... akan menyertai pertandingan teater interkolej tak lama lagi. Memang kepala dak seni nie gila tak hengatlah kan. Latihan pung pang pung pang, kejap ade yang tergolek-golek atas lantai la, kejap ade yang merintih-rintih la, kejap ade yang meroyan la. Tu tak termasuk lagi yang menjerit lari satu PKP dan yang kentut merata lagi.! =_=". Dari mana datang asal usul diorang nie, aku tak tahu lah. ha ha ha. 

baiklah. Tak percaya budak GTA giler? aku kepilkan beberapa bukti! buat muka penyiasat serta merta



habit buruk. mengelupur kat mana-mana. kat mana-mana oke! So kalo jumpa mereka-mereka nie kat mana-mana, sila bertabah! dan tak payah buat muka pelik. cukuplah mereka saje pelik dan aneh. har har har.


p/s : sesedap rasa je kata...bukan grup aku jugak ke...hahaha

Tuesday, January 25, 2011

Nak kaya macam Siti Nurhaliza lah.

Banyak betul nak guna duit kebelakangan nie. Bukan kebelakangan nie je. Memang sejak diperkenalkan mata wang lagi, duit macam jadi raksasa paling jahat yang menyerang manusia, saper yang tak de duit dia akan mati macam otomen yang hilang kuasa laser...bippp...bippp.bippp. Ciss. Dan bulan tiga nanti aku akan keluar dari kolej untuk berpraktikal. Sekarang tengah melilau cari rumah sewa area Seksyen 16, Shah Alam. Mahal kemain. Macam nak cacat jap bila dengar amount deposit. Bayar deposit je dah macam bleh beli blackberi 2 biji. Tu baru deposit, kalo bayar sewa untuk tiga bulan pertama dah boleh buat bayar muka Persona. Mampu kauuu???

Aku nie dah la tak de langsung kemahiran nak ternak duit, malah duit yang orang bagi pun habes tanpa dikesan! Ntah ke mana, mungkin setengah ade dalam perut, setengah lagi habes sambil duk berbual dan main mesej-mesej. Nak kata duit habis duk tempek kat muka, aku bukan jenis yang pakai airsedo atau lipgelos. Haishh, sah duit aku duk dalam perut nie. sambil tengok perut sendiri. 

Tadi bila duk sibuk godek-godek FB, mata aku terpukau. Terpukau sebab duk baca statement yang berunsurkan kehacuran. Kehancuran poket aku! demm. Tak de kerja lain, kiri kanan duk mintak duit. Nak je aku santau semua orang yang minta duit daripada aku.ha ha ha gelak sambil cekak pinggang. Loser sungguh hidup bila tak de duit nie. Kalo terus macam nie nampak gayanya nak kencing pon kena berhutang. Ye la, jalan dua tiga langkah, kalo nak kencing kena bayar 30-50 sen. Nak minum air kosong...air kosong yang tak de rasa tu pon dah 50sen. Naik kereta tak sempat panas bontot pon dah kena bayar RM3, dah lah guna kereta sendiri, minyak bayar sendiri, nak lalu kat jalan raya pon kena bayar. Kalo ade alternatif lain cam terjun ke laut ke, kompem aku buat. Macam mana nak survive. 

Sebab tu kot aku jadi anti sosial sekarang. Nak hidup bermasyarakat kena banyak duit. Aku ape lah ade, setakat syiling 10sen tu, adalah sebalang. Tu pon tak berapa nak penuh. Haishhh. Siti Nurhaliza kalo nyanyi orang bagi duit, agak-agak aku boleh tak?





Ganjaran



ganjaran dulu lagi sejati.. setuju?


Monday, January 24, 2011

Rambut

Bila keadaan busy dan stress macam sekarang nie, aku suka potong rambut sesuka hati. Last potong rambut tahun lepas masa stress gila dengan kerja yang banyak. Oh, ya.. rambut aku memang cepat panjang macam kuku jugak. Bila dah busy memang asik lupa potong kuku dan tiba-tiba rasa jijik tengok kuku dah panjang. 

Bila semakin busy, masa mandi asik tak sempat nak syampu rambut sampai tetibe kulit kepala rasa gatal gila dasyat. Dan mulalah rasa tensen dan mulalah gatal tangan nak ambik gunting zus zas zus zas potong rambut sesuka hati di depan cermin dengan muka bangga. 

hasilnya....



dan kemudian rasa menyesal yang amat sangat. T_T

Randomly

I hate fighting over the stupidest things!
because it usually ends up being a big thing.


And we lose site of what really matter.
and you better know who i'm before you judge me
because you only know my name but not my story.


nowadays, life is not easy anymore for me.
start fighting or stop doing anything.
Which one is better? 

Saturday, January 22, 2011

Adik

adik bongsu. bukan paling bongsu cuma bongsu. oke stop. stop!

Si adik bersedih kerana ditempatkan di kelas yang dia tak puas hati. Bila chatting dengan si kakak, maka keluarlah emoticon untuk menyatakan betapa sedihnya dia. Tapi emoticon itu telah menyebabkan kakaknya berasa sangat kelakar sehingga gelak guling-guling. Tak seswai dik ko nak sedih sebab tu. Sebenarnya banyak aspek lagi seperti si adik nie tersangatlah malas belajar dan asyik naik basikal dan motor ke hulu hilir, balik rumah nangis-nangis sebab jatuh motor atau ade orang langgar. bila malam selalu tengok tv layan ANTM, OK Karaoke, MTV dan lain-lain, sampai pernah mesej si kakak yang berada di serdang untuk menyatakan dia tak sabar untuk.. untuk tengok channel Astro First. =_='. Dan setelah lalui hari-hari demikian hampir setiap hari maka tahulah sudah perangai si adik bagaimana.. ye dak?

Jadi seswaikah emoticon itu untuk menunjukkan bahawa dia rajin bersungguh-sungguh untuk belajar tetapi diletakkan juga oleh cikgu dikelas yang di tidak berpuas hati? Tak seswai ye dek non. Tak seswai! Tapi walau bagaimanapun kakak tetap bagi kata-kata semangat yang barangkali saat kakak tulis watikah ini, si adik sudah pon lupa semua nasihat tadi. dan si kakak langsung tak heran.



chatting ngan adik bongsu. sila perhatikan emoticon si adik!

Si adik baru je masuk sekolah menengah. Annurul Artikah Annuar namanya. Ya, kami adik beradik adalah annurul dan annurul adalah lurunna. sekian. 

Friday, January 21, 2011

Mencari Penaja

Salam

Sekarang nie aku sedang sibuk menguruskan produksi Grup Teater Amar bersempena dengan Festival Teater Interkolej UPM (FESTIK).

Insyallah, kami akan jalankan pementasan skrip hasil karya Siti Jasmina Ibrahim, skrip yang mana... akan aku rahsiakan dulu. Konon untuk efek kejutan.Haha. Siapa yang tak kenal Siti Jasmina sila hantuk kepala ke dinding tiga, pat kali. Sekurang-kurangnya tiga, pat kali ye.!

Dan kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan serta penajaan bersempena dengan pementasan nie, bolehla emel aku di lurunna@gmail.com. Mungkin ade sesiapa yang cintakan seni dan berminat dengan pementasan begini boleh berikan sumbangan untuk kami generasi muda berkarya. Ye la, aku sendiri pon still belajar, selok belok perlu difahami dan dipelajari, dan kepada sesiapa yang ingin membantu untuk pementasan ini pon aku alu-alukan dan dimulai dengan ucapan ribuan terima kasih.

Kalau tak mampu atau tak sudi pon tak pe. Sekurang-kurangnya kalian doakan kami berjaya merangkul anugerah di pementasan tersebut!  Tiada wang ringgit yang dipertaruhkan, cuma pengalaman dan ilmu yang tak ternilai diperoleh melalui pementasan ini. Kepada mereka yang menyumbang, akan dijemput hadir secara rasmi ke pementasan teater ini.  Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca. :)

Thursday, January 20, 2011

Heartache



I'm such in pain. heartache. Kadang-kadang ade je yang aku mau ludah

Orang yang menuturkan kata mana fikir bagi pihak yang mendengar. Oh ya. Senang sekali mahu guris hati aku, coz aku tak menyumpah seranah. paling hebat yang boleh aku cakap pon hanyalah celaka (tahap kemarahan peringkat tertinggi dah nie) , bengom, gila...tu je. Walau macam mane marahpun korang kat aku, please hormati hati aku dengan tidak keluarkan kata-kata kesat. Aku dibesarkan dengan cara hidup yang berbeza daripada korang. layan aku sepertimana aku layani korang. Kalo aku pernah tuturkan kata-kata kesat, tak pe la jugakkan korang nak cakap ape pon. 

Sekian.

Wednesday, January 19, 2011

Esok Exam.



Semoga berakhir dengan jayanya. Beberapa bulan lagi tamat degree, I won't be regret. Seronok belajar selama 4 tahun nie. Dan pasti akan merindui semua nie. Impian aku tinggi, tapi biar sajalah ia dihati, yang pasti akan dikejar sehingga berjaya.Sedih untuk tinggalkan semua nie. Sungguhlah sedih. T_T

Dan esok first test untuk subjek Undang-undang Keluarga Islam. Sila tepok tangan.! Dan bakal suami, sila pucat, kelu dan bangga dalam masa yang sama, saya tahu peraturan berkeluarga..tak buleh tipu saya! har ha..

Oke. Bai.

Tuesday, January 18, 2011

Dulu dan sekarang

kelik untuk tumbesaran

zaman renaissance.kahkahkah. sumpah aku gelak tak hengat bila tengok gambar nie. rasa cam nak letak muka dalam beg sekolah je. Oh ye, tu gambar masa aku Tingakatan 2 Bestari tahun 2001, seploh tahun dulu. fuhh. dah seploh tahun berlalu. Geng-geng aku masa nie, Zuni, Ayu dan Nadia. Rasa jahat gila zaman dolu-dolu, rela tuh ponteng sekolah coz nak tengok dragon ball, seyes shittt!!! kalo zaman nie, kunyah gula-gula getah dan buat belon tu dah kira samseng ahh. tak buat peta dan kena rotan tu kira otai la kan. haha. masa cikgu tak de dalam kelas, siapa yang berani gi duduk atas meja cikgu, atas meja oke. kira hebatlah tu. pakai kasut tali lilit-lilit kat betis, kain labuh, baju sengkat, dan bawa motor laju laju kat kawasan sekolah bagai ajak nak race. seyes rindu.! masa rehat pulak beli keropok dan cicah dengan sambal belacan. gila tak? pas tu memekak je kat kantin. sumpah rindu dowh!


Sekarang dah lain. even still amik gambar camgini, tapi wawasan dah lain. takde dah fesyen baju sengkat, kain labuh dan kasut tali lilit-lilit kat betis. tak de dah duk atas meja lecturer. kau gila meroyan nak gi duk atas tu? pelajaran pon dah tinggi pat belas tingkat. bila dah belajar tinggi-tinggi muka otomatik jadi macam orang pandai dan berimej. cakap pon dah tak lahanat mcam dulu, kiranya berpesen la sket, ada rupa orang dah.hahaha. dulu kan agak-agak macam syaiiitonnnn. 

Bengom- bengom aku pon, bleh gak survive masuk U. oke. bangga dengan diri sendiri. soooobs. nie pencapaian beb. pencapaian!!! kaki ponteng sebab nak tengok dragon ball dah kat tahun akhir di upm. tak ke bangga. kawan- kawan aku mostly dah kawen, aku duk menimba- nimba ilmu lagi. Aku nie tak macam dak-dak pempuan lain yang rajin baca buku kat library, aku nie jenis yang tuang kelas. pegi library, cari port dan tido dengan nyenyak. buku ntah ke mana aku ntah ke mana. 

Pape pon, hidup nie kita diberi satu peluang je. Gunakan sebaiknya. Aku pun tak dapat jangka macam nie aku sekarang. Kadang-kadang kita bernasib baik, kadang-kadang tak. Bersyukur seadanya. Dan tak semestinya kita tak cerdik pandai, kita tak de peluang untuk berjaya. Dari darjah satu sampai tingkatan 6 bawah aku duk tanya cita-cita aku. Masa kat tingkatan 6 Atas baru aku nekad nak masuk U, see. kita tak pernah terlambat kan? Yang penting usaha kena ada, lambat ke cepat ke, Insyallah peluang kita akan tiba. 

oke. bai!!! (ending yang tak menarik di situ... =_=")

Sunday, January 16, 2011

Aku sudah jatuh cinta

Korang pernah jatuh cinta tak? Mestilah pernah kan. saper yang tak pernah jatuh cinta maknanya dia tak mimpi basah dan tak datang ber-bulan bulan lagi la tu. Harap bersabar ye, nanti cukup masa datanglah tu. Takyah kejar-kejar sangat, nanti orang kata ko gedik. Tapi jangan relaks-relaks sangat nanti orang cakap ko gay or lesbo plak. Buat je macam aku, buat dek je. Hahaha.

Dah.dah.. berbalik kepada cinta tadi...

Aku rasa aku dah mula jatuh cinta. Tapi masalahnya, aku tak tahu dengan siapa. Demmm!!! Ade rasa nak lempang laju-laju tak? 

Melukis

Aku langsung tak ada bakat melukis. Masa aku di sekolah rendah dulu, bila masuk je waktu seni lukis, peluh mulamemercik di dahi. Tak senang duduk aku, lagi-lagi kalo cikgu bagi kerja rumah suruh lukis itu ini. Bagi lah kerja rumah apa pun, nescaya aku boleh buat tapi bukan melukis. 

Dek kerana takotnya aku pada cikgu seni lukis aku Ustaz Halim (cikgu zaman aku dulu main campak je ngajar subjek apa pon) aku tekad nak buat latihan melukis dan siapkan kerja rumah yang diberinya. Gila semangat kayuh basikal lepas balik sekolah untuk beli drawing block. Sengih sendirian aku bila sudah berjaya beli kertas lukisan. Sampai je di rumah, belum sempat salin baju sekolah aku dah kalut untuk melukis,beg entah ke mana, kasut entah ke mana. Pangggg. satu pukulan tepat di atas belakang. Ohh, rupanya umi telah pon 'melukis' tapak tangannya di belakang aku sebelum sempat aku mula melukis. Bergenang airmata. Dengan perlahan-lahan, aku susun kasut dan masuk bilik salin pakaian dan mandi. Lalu tidur.

Aku hanya mampu melukis peta di bantal seperti biasa. Putus angin untuk melukis dek kerana lukisan umi yang memberi efek cukup mendalam ketika itu. Bila bangun dari tidur, hari sudah petang. Dengan penuh kegirangan aku mengayuh basikal keliling kampung dan terus lupakan kertas lukisan yang aku beli tengahari tadi. 

Azan maghrib berkumandang, aku kayuh basikal dengan laju dan brek mengejut di hadapan pagar rumah aku. Umi sudah menunggu aku dengan ranting kayu di tangan. Ye, umi 'melukis' lagi...tapi kali nie di kaki. Efek warna yang sangat menarik membuatkan aku tido lebih awal sebagai tanda protes. Dan latihan melukis hanyalah di bantal seperti biasa.



lukisan klise inilah yang aku gunakan selama 6 tahun bersekolah di sekolah rendah. Bagi aku, sudah cukup hebat dapat melukis rumah yang mempunyai kain langsir. Pokok yang berbuah epal. Padi yang menghijau, serta paling penting harus ada aku yang tersenyum riang dalam lukisan itu. Ya. Aku sudah cukup puas biarpun rakan sekelas ketawa sambil menepuk dinding bila tengok lukisan aku. Selama 6 tahun lukisan ini tidak pernah berubah. Cuma sekali sekala aku akan letak burung dua tiga ekor berterbangan dan sepasu bunga. 

Mari dekat-dekat. rapat-rapat!

Bangun pagi-pagi pernah tak korang rasa lapar gila sampai nak mandi pun malas? Bila korang lapar gila, pernah tak korang cek laci, almari, beg, plastik sampah, bilik member..sume tak de makanan? Mesti marah kan? Mesti rasa nak lempang member atau rumet sebab diorang pon tak de makanan kan? dan lebih menyakitkan hati bila kafetaria kolej langsung tak bukak yang buat korang lagi marah sampai darah mendidih naik ke kepala dan rasa nak terajang sume orang yang lalu tepi korang. Kalo pernah rasa macam tu hebat sekali, kami di Kolej Canselor ada penyelesaian. Jeng...jeng...jeng..perlu ade efek bunyi untuk menimbulkan tanda tanya!


Pertama, Galeri Usahawan Canselor (GUC) yang menyediakan perkhidmatan jualan runcit. Dibuka setiap hari bermula dari jam 8.30pagi sehingga 12.00 malam. Apa saja yang korang nak ada di jual disana. Jadi tak perlu ke Giant, atau Parkson semata-mata nak beli deodorant, sabun basuh baju mahupun axion! Kalo rasa nak makan roti, atau icekerim atau apa-apa saja makanan ringan, silalah singgah di GUC. Polisi baru kami ialah "NO plastic bag on SATURDAY" sila bawa troli mahupun beg kuliah anda jika merancang untuk beli banyak barang. Tapi. Ada tapi... kalo korang berdegil tak nak bawak pelastik sendiri tapi nak beli banyak barang boleh saja... cuma korang akan dikenakan caj tambahan 20 sen untuk setiap pelastik. 

Kedua, bila singgah di GUC tak lengkap kiranya korang tak singgah di gerai di luar GUC, memang tak lengkap. Jadi pilihan yang korang ada untuk mengenyangkan perut korang atau nafsu makan korang adalah...


Gerai Ice Blended.!! Macam-macam perisa ada. Kompem korang tak jemu even minum tiga, pat kali sehari. Perisa juga boleh dicampur aduk kalo korang nie jenis yang suka mencuba serta ber-perut kental macam aku!  dan...dan harga dia juga berkali-kali ganda lebih murah daripada setarbak mahupun kopibin. Untuk minuman smoothies, harga dari RM 1.50- RM 2.50, dan untuk yang lain-lain harga dari RM 2.50- 5.00 sahaja. Murahkan? murahkan? ye.sila angguk tanda setuju.

Kemudian, bila korang jalan setapak je lagi dari gerai Ice blended, dan 3 tapak dari GUC korang akan jumpa dengan kedai yang boleh memberi kekenyangan berganda kat korang. 


Gerai Ayamazz Roti Impit. Nie juga gerai daripada budak-budak rajin berbisnes di KC. Jadi sila jangan malu dan segan untuk singgah dan memborang makanan dari gerai mereka. Ada tiga perisa iaitu cheese, mushroom dan black pepper. dan semuanya sedap-sedap belaka. Tidak lupa juga ade air yang tengah up sekarang iaitu air yang ade biji-biji yang kenyal! kalo nak taw macamana kenyal sila beli dan minum dan gigit! hahaha.

Dan tidak lupa juga gerai Mr Potato twist crunchy!...


Terletak betul-betul bersebelahan dengan gerai ayamazz tu. Juga hasil usaha budak-budak rajin berbisnes di KC! Jadi...kalo korang nak efek thrill bila makan kentang, haruslah beli kentang pusing-pusing nie dari kedai mereka. Makanan lain seperti nasi lemak, French fries, dan keropok lekor comel juga ade dijual.

Hebatkan? hahaha. Ye sila angguk kepala! korang takkan berlapar dahaga bila berada berdekatan dengan Kolej Canselor,(KC) UPM. dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kemampuan pelajar tak berduit macam aku korang nie, korang boleh mengenyangkan perut yang lapar serta mengulangkaji pelajaran tanpa tekanan jiwa! Bagi kolej-kolej yang berjauhan dari KC..sila jangan malu, jangan segan untuk datang membeli dan blah disini.! kalo nak datang tu jangan lupa mis call i oke... sambil buat muka ayu.hahahaha.



p/s : ade komisen tak wahai tokei-tokei sekalian sebagai upah promote..? :P

Saturday, January 15, 2011

Random

Maturity 
is not about speaking BIG THINGS,
but actually, it's about understanding small things.

Friday, January 14, 2011

Masalah saya berperisa strawberi!


Kalaulah masalah nie macam ice-blended, hari-hari aku telan. Hari-hari aku order!!! Masalah 1, Vanilla ye, taknak kerim. Tapi tu cuma dalam dunia rekaan aku saje. Minum masalah banyak-banyak untuk hilangkan panas. Errr? Takpelah, anggap aje masalah tu macam ice blended!

Barang yang lepas, jangan dikenang, bara di hati jangan di simpan, ye dak? Semoga aku mampu 'menikmati masalah' macam minum Caramel Frappucino atau sekurang-kurangnya chocberry bites! sedapkan! 

Masalah tak perlu dibayar, cuma perlu ditanggung. oke la. bai!



Wednesday, January 12, 2011

Cita-cita


Kenapa masa dulu-dulu, masa sekolah rendah selalu sangat cikgu tanya cita-cita? macam tak de hal lain kan nak tanya. Tapi tak pe, bagus untuk anak kecik berangan. dan, masa cikgu tanya cita-cita, aku selalu blur. Ye! selalu blur, dalam kelas ade 39 orang pelajar, aku plak stok tepi tingkap, ye la bleh sandar kat dinding kalo duk tepi tingkap, silap hari bulan bleh ke alam mimpi.Selalunya cikgu cakap mula dari kanan! lebih afdal katanyer, aku plak duk belah kiri, dekat ngan pintu woo. bila time rehat dan balik, belum cikgu tamatkan kelas, aku dah hilang dari pandangan. oke, balik kepada cita-cita...bila cikgu mula bertanya aku dah mengelabah. peluh memercik kat dahi. sumpah tak tahu nak jadi ape. gila loser.

Si Kamil nak jadi pilot. Khuzaimah nak jadi doktor. Hayati pulak nak jadi polis. Aku? aku tunggu je sume orang nak jadi ape. Kononnya tak nak jadi sama cam orang lain, tak sytlo la cita-cito ko sama dengan orang. haruslah cita-cita gempak! Aku tulis sume yang kengkawan aku cakap. Fuyoooo. hebat sial tulis sume. dah makin dekat dengan aku, makin berdebar. makin berdebar. sume list kerjaya yg success dah diorang cakap. cilaka punya member. patutnya tinggalkan satu kerja yang meletooop untuk aku. 

akhirnya. sampai juga turn aku. "apa cita-cita awak?". aku bangun. berdiri dengan penuh yakin. dan lontarkan suara dengan tepat dan padat dengan gunakan suara perut. latihan pernafasan dah buat sejak dari tadi, aku rasa suara aku dah terbaek dan jelas. "saya mahu jadi manusia yang berjaya cikgu!", kata aku dengan yakin. Bahahaha. satu kelas ketawa terbahak-bahak. demmm!!. salah ke nak jadi manusia berjaya? "awak nak jadi apa?" tanya cikgu dengan nada yang lebih tinggi. "saya mahu jadi manusia yang berjaya cikgu!!!" kata aku dengan lebih yakin dan kemas!. budak-budak dalam kelas aku ketawa dengan lebih kuat, sampai aku rasa tersinggung dan mahu galas beg berlari keluar dari kelas. 

Sampai sekarang aku masih tak faham kat mana salah aku. dan sampai sekarang tak de sesaper lagi tanya apa cita-cita aku. waima cikgu tersebut. Dan sekarang bila dapat berhubung balik dengan kawan-kawan aku di FB, hampeh. nampaknya cita-cita mereka rekaan semata. hanya untuk ambil hati cikgu. aku bukan jenis kipas susah mati. aku cuma cakap apa yang aku rasa, apa aku nak. sampai sekarang aku masih lagi aku, yang cakap apa yang aku rasa dan apa yang aku nak. tak payah tanya lebih-lebih, nanti aku mula nak bukak speech sampai korang speechless. jangan cuba. bahaya!

moral of the story, buat la ape pon, janji ko taw apa yang ko nak buat. susah nak explain kat orang, tak cukup tatabahasa nak gambarkan. 


Tuesday, January 11, 2011

Is your domain name a good one?

Selamat hari selasa buat sume.! Oke. disebabkan aku suka berkeliaran di alam maya.!aku jumpa dengan web yang bagi grade kat domain kita. Nak taw ape aku dapat?



oke. sedih T_T. lurunna.blogspot.com dapat D taw! D...! nampaknya kena repeat paper untuk baiki result. eh.eh. Jadi, apa result anda? untuk taw, jangan segan-segan untuk kelik kat domometer. Tak pe, jangan sedih-sedih dapat D ke F ke, hidup perlu diteruskan! Belajar rajin-rajin oke. Eh.eh.

Dan yang bestnya, dia siap analisis lagi. Tak baik taw. kecik hati saya.hahaha. 


  1. Length

    Lurunna is a 7 character word. Shorter words make better domain names. At 7 characters lurunna.blogspot.com should make a good domain name.
  2. Dictionary Words

    Lurunna is neither a dictionary word, nor does it contain any dictionary word. Domain names with dictionary words generally make better domain names. But worry not, dictionary words aren't everything.
  3. Top Level Domain

    .com is always the best. Full score for TLD factor. People are more likely to type lurunna.blogspot.com than lurunna.net or lurunna.org or lurunna.info.
  4. Distinctivity

    Distinctivity is the most important factor of all. The domain name lurunna.blogspot.com has a very poor distinctivity factor. lurunna.blogspot.com may not be a good domain name. Try something else.


    Moh le cuba ye rakan-rakan sekalian. Jangan sesegan nak copy paste result. takkan kena GB eh kalo patbelas kali fail pon. don wory bebeh! selamat mencuba nasib!


Sunday, January 9, 2011

Ada apa dengan 8 Jan 2011?

Hujung minggu tak seharusnya menjadi perkara yang paling bosan dalam hidup aku. A lot of things to do. Lagi-lagi sekarang nie dah final sem. Macam, alamak! sikit masa lagi boleh hang out dengan diorang dan kena buat kenangan banyak-banyak. Started from today, aku akan review balik sume yang aku buat dengan diorang sume dan kepilkan gila skema gambar bersama. ececece...tribute to my final sem. Oh my gosh, sedih rasa nak nangis esak-esak bila pikirkan akan keluar dari alam belajar dan masuk alam kerja dan kena mencari rejezi sendiri. Tak de lagi peluang untuk telefon umi atau papa bila sesak napas tak de duit. Sampai bila mau bergantung dengan orang tua haaa? Umur dah makin banyak, kalo satukan jari tangan dengan jari kaki pon dah tak mampu nak tanggung umur aku dah. Ohh, umur dah lebih dari jari T_T. Sebab tu la kena belajar rajin-rajin kalo tak tak de orang nak amik kau kerja. Boooo. 

gambar ehsan bella.boo



makan memakan. terima kasih sebab velanja ye adik sayam.


tukang velanja. bella 


pergi mid.v semata-mata nak tengok Hantu Mak Limah Balik Rumah. Beratur panjang lebar macam nak terima bantuan bencana alam da rasanya. Overall citer tu oke la..! Bak kata pengkritik filem paling cekal yang nonton sekali dengan aku semalam, mula-mula tu dah bagi sume lawak jenaka, bila dah sampai klimaks citer, dah mendatar dah. Susunan plot cam kureng sket, cam diva la pulak kan kritik cerita orang. Mampu kau?? Tapi ramai yang kata best, susah benor orang realistik cam aku nie nak hayati lawak. kahkahkah. Bila si lumpuh yang terlalu takot lari angkat wheelchair sendiri tu at first aku ase kelako, tapi bila 2,3 kali buat benda sama & tak de impression dari watak lain dalam citer tu rasa cam tak correlated plak. Dan ade beberapa scene, pelakon cam berbelit-belit baca skrip sampai tak jelas apa nak dikata. 

Untuk tengok kali kedua, tak mungkin la kot. Tunggu keluar astro sajo. lain org lain pendapat. Mungkin citarasa aku lain sket. Ape-apa pon thanks kepada mereka-mereka yang bersama aku semalam.!!! Keluar dengan korang priceless! lagi berbaloi dari tengok muvie. *smile*

Friday, January 7, 2011

Me

Wednesday, January 5, 2011

Jangan perasan, jangan riak

Rumah aku 2 tingkat, siap ade automatik gate lagi. Oh ya, rumah aku ade maid, tulang kebun, tukang sapu, driver.

Aku hanya pakai telefon canggih yang boleh MMS, 4G, ada GPS dan boleh main FB sahaja. Yang murah-murah harga RM100 ke bawah aku tak pernah pakai. Oh ya. Telefon aku lagi mahal dari ptptn kau.

Aku pakai pakaian yang mahal-mahal dari butik glemer je. Bundle? euwww...tak main lah. Bundle untuk orang macam kau aje. Handbag aku lagi mahal dari gaji bapak kau oke! 

Selekeh la kau makan kat kedai mamak...aku tak main la makan makanan ntah pape nie. Kau memang takde kelas.

Tak selesa la pakai selipar murah-murah, melecet kaki aku nanti, kenalah pakai Hush Puppies, Bonia, atau Jimmy Choo je...tak sanggup kaki aku melecet pakai brand ntah pape.

Dah bosan la pakai jam tangan Rado, nak tukar Rolex la plak..bukan mahal pun, RM 27 000 je... berbaloi la sebab ade 12 biji berlian kat dalam tu, lagi pun jarum jam tu buat dengan emas, tali dia pun.

Aku banyak pangkat, sampai aku sendiri pun dah lupa ape jawatan-jawatan yang aku pegang. Tak kesah la, janji aku glemer.

Wakkkkk lu!!!! aku gila tensen ngan orang cam nie. Sebelum aku lempang kau laju-laju berambuslah engkau wahai manusia riak dalam hidup aku. Mak bapak aku tak kaya, aku taw...tapi aku tak pernah bercadang nak lingkupkan makbapak aku. 

sori la, aku tak leh kawan dengan kau. Taste aku lain, aku suka lepak kat mamak. Aku suka berhenti tepi jalan beli cendol, aku shopping kat Giant pun jadi, kedai runcit kat sri serdang pon oke. Aku pergi bundle cari baju. Aku tunggu gift dari parents aku je untuk merasa barang-barang mahal, tu pon kalo prestasi aku cemerlang. 

Tak payah la jeling-jeling aku punya barang pastu tanya ori ke? suka hati aku la nak beli ori ke tak. ade kau bayar??? Kau kaya, mandi pon dengan air mineral. Kalau mandi pon dah air mineral, ntah air ape kau minum kan. Zat besi ke vitamin? Aku pon minum air vitamin, air ribena.hahaha, kaya vitamin c weyh!!!

Tak kemana la weyh kalo kaya pon, kambus dalam tanah jugak, bukan dalam lombong emas ye. Berpada-pada la, jangan riak sangat, pinjaman sementara je. Duniawi sajo. 


p/s : gelak tepi langsir je la tengok perangai ntah pape cam gini, tegur kata kite jengki. biar je la...kehkeh



Monday, January 3, 2011

Present from parents

Back to school!!!
Diakui di sini bahawa aku masih lagi budak sekolah yang sedang bertungkus lumus, berpeluh-peluh segala untuk menuntut ilmu. Cuma aku bukan sedang kejar scroll  tipu macam dalam gambar masa tadika tu =_=". Ni scroll betul-betul yang catat ko dapat cgpa berapa, dan kau akan malu dan kena booo kalo dapat second class. Haha.

Walau bukan golongan cerdik pandai genius yang takpayah belajar tapi score, aku tetap kena teruskan perjuangan di tahun akhir nie. tahun akhir? eh.kejapnya. rasa macam sem lepas baru datang untuk minggu orientasi yang kena buat cheers selama seminggu tu sampai terkoyak anak tekak! Cepat sungguh masa berlalu, dah final sem pon. sila teruja untuk abeskan belajar dan kawen!

dan di tahun akhir nie, setelah melalui onak duri, caci maki *adeke? dua hari sebelum menjejaki ladang upm, ibubapak yang baik hati bagi hadiah pada anak gadis kesayangan. wiuwiu! Alhamdulillah. rezeki.rezeki. hadiah belated besday katanya. Tak pe la, belated ke advanced ke, yang penting anakanda senyum sampai nampak lesung pipit paling dalam sebab hati berbunga riang gembira!

terima kasih daun keladi, hari jadi nanti bagi lah lagi! :)